La Liga 2019/20 : Barcelona 4-0 Sevilla

Encik Bakri oleh Encik Bakri 1 minggu yang lalu

Barcelona telah mengurangkan jarak mata dengan Real Madrid selaku pendahulu La Liga kini kepad 2 mata selepas berjaya menewaskan Sevilla dengan empat jaringan tanpa balas dalam perlawanan penuh aksi dan dramatik.

Gol padu terhasil melalui aksi akrobatik dan Barcelona terpaksa bermain 9 orang bukan 10 selepas Ronald Araujo dan Ousmane Dembele di layangkan kad merah.

Barcelona bermula garang lagi gagah perkasa namun Sevilla terlebih dahulu mencuba namun aksi kelas dunia Marc-Andre ter Stegen menafikan percubaan Luuk de Jong.

Ternyata Barcelona mula mendapat rentak apabila Luis Suarez menjaringkan gol penuh sensasi melalui satu tendangan melepasi kepala selepas menerima hantaran Nelson Semedo.

Lima minit berselang pada minit ke-32 Arturo Vidal menggandakan kedudukan sebelum Ousmane Dembele menjaringakn gol ketiga pada minit ke-35.

Gila, 8 minit 3 gol!

Lionel Messi melengkapkan kemenangan 4-0 Barcelona dengan gol pertama musim ini dengan penuh bergaya melalui satu sepakan percuma cantik.

Barcelona terpaksa bermain 9 orang selepasa Ronald Araujo yang membuat debut dalam perlawanan ini menggantikan Jean Clair-Todibo dibuang padang.

Ronald Araujo telah melakukan kekasaran melampau ke atas Javier Hernandez dan terus mendapat kad merah selepas 14 minit di padang.

Tidak berpuas hati Dembele membantah keputusan pengadil lalu menerima kad kuning kedua.

Starting XI: Ter Stegen (7); Roberto (6), Tobido (7), Pique (6), Semedo (8); Arthur (7), De Jong (6), Vidal (7); Messi (6), Suarez (8), Dembele (8)

Substitutes: Busquets (7), Rakitic (6), Araujo (6).

Starting XI: Vaclik (6); Navas (6), Carlos (4), Carrico (6), Reguilon (5); Banega (5), Fernando (6), Torres (5); Ocampos (6), De Jong (4), Nolito (5).

Substitutes: Munir (6), Jordan (5), Hernandez (5).




Paparkan Komen