Kyle Walker Masuk Sebagai Penjaga Gol Dari Bangku Simpanan

Encik Bakri oleh Encik Bakri 4 hari yang lalu

Perkara yang jarang berlaku dalam bola sepak apabila pemain pertahanan masuk dari bangku simpanan untuk menjadi penjaga gol dan itulah yang terjadi kepada pemain Manchester City, Kyle Walker.

Kunjungan Manchester City ke Atlanta untuk saingan Champions League di kumpulan C tidak berjalan dengan baik dan malang menimpa apabila kehilangan dua penjaga gol mereka Ederson dan Claudio Bravo.

Manchester City mendahului pada separuh masa pertama hasil jaringan pemain tonggek sensasi dunia, Raheem Sterling seawal minit ke-7.

Sebelum tamat babak pertama pasukan bimbingan Pep Guardiola berpeluang untuk menggandakan kedudukan namun Gabriel Jesus gagal menyempurnakan sepakan penalti.

Pada awal separuh masa kedua penjaga gol utama Manchester City, Ederson Moraes dikeluarkan kerana mengalami kecederaan dan Claudio Bravo masuk sebagai teman pengganti.

Hanya 4 minit diperlukan oleh Claudio Bravo untuk tewas selepas masuk apabila Mario Pasalic menanduk masuk gol penyamaan.

Belum sempat Claudio Bravo melakukan sebarang aksi menyelamat di San Siro, Bravo telah dilayangkan kad merah dan kembali semula ke bilik persalinan.

Claudio Bravo dilayangkan kad merah kerana satu kekasaran ke atas Josip Ilicic dan bermakna tiada lagi penjaga gol dibangku simpanan Manchester City.

Tiada pilihan lain Pep Guardiola terpaksa memasukkan outfield player sebagai penjaga gol dan pemain itu adalah pemain pertahanan Manchester City, Kyle Walker.

Kyle Walker masuk pada minit ke-88 menggantikan Riyad Mahrez, walaupun di gawang buat tempoh seketika bagi menanti perlawanan tamat, Walker tidak mengecewakan.

Satu aksi menyelamat dilakukan oleh Walker dari sepakan percuma pemain Atlanta walaupun tangakapan tidak kemas tiada tindakan susulan dari bola muntah.

Save yang dilakukan Walker itu lebih banyak daripada Ederson dan Bravo sepanjang mereka beraksi di padang.

Manchester City berjaya membawa pulang satu mata berharga selepas apa yang menimpa mereka dalam perlawanan ini.

Kompilasi aksi Walker di gawang

Secara statistiknya Kyle Walker mempunyai clean sheet yang lebih banyak berbanding penjaga gol terbaik dunia, Alisson Becker.

Perkara sama pernah terjadi kepada penyerang Tottenham Hotspur, Harry Kane di Europa League apabila terpaksa menjadi penjaga gol kerana tiada pilihan lain.

Selepas menjaringkan hatrik, Harry Kane terpaksa menjadi penjaga gol selepas Hugo Lloris dibuang padang. Kejadian ini berlaku pada 23 Oktober 2014 ketika perlawanan Spurs membelasah Asteras Tripoli 5-1 di Europa League

Ketika ini Kane masih bermain bersama skuad bawah-21 England.

Harry kane in goal after scoring hat trick

Posted by Funny Football on Saturday, 24 December 2016


Paparkan Komen