Kisah Sedih Penjual Jersi Manchester United

Encik Bakri oleh Encik Bakri 3 hari yang lalu

Berikutan pemecatan Mourinho, Manchester United melantik bekas pemain Ole Gunnar Solskjaer selaku pengurus sementara.

Solskjaer membawa Manchester United kembali ke prestasi asal dan membantu kelab tersebut memenangi 14 dari 19 perlawanan yang mereka harungi.

Akhirnya pada bulan Mac lalu, Manchester United melantik Solskjaer secara rasmi sebagai pengurus kelab tersebut berikutan persembahan cemerlang sepanjang memegang jawatan pengendali sementara.

Sebaik sahaja Solskjaer bergelar pengurus tetap, masalah prestasi Manchester United kembali menghantui pasukan tersebut dan mereka kembali menghuni tangga ke-6.

Seperti diduga, mereka menamatkan musim di tempat ke-6 dalam Liga Perdana Inggeris, 5 mata di belakang penghuni slot terakhir untuk ke Liga Juara-Juara Eropah, iaitu Tottenham Hotspurs.

Selepas tamat musim bagi United, seorang penjual jersi di Afrika mendapat tempias daripada kemunduran prestasi Setan Merah.

Jersi pasukan laris jualannya dikerumuni pembeli, ketika dibuka jualan jersi Setan Merah maka bertempiaran lari pelanggan yang ramai.

Semua cuba menjauhkan diri.




Paparkan Komen