Kemurahan Hati Mane Memberi Jersi Kepada Budak Milo

Encik Bakri oleh Encik Bakri 1 minggu yang lalu

Sadio Mane yang merupakan wira pasukan Liverpool di UEFA Super Cup dan menjadi nadi kebangkitan pasukan paling hebat di muka bumi itu dengan menjaringkan dua gol.

Mane telah dikeluarkan pada minit ke-103 dan digantikan dengan Divock Origi kerana Jurgen Klopp risau mereka akan menang mudah dengan kehadiran Mane.

Pemain Senegal itu telah menunjukkan satu sifat terpuji selepas dikeluarkan dan memberi saat indah buat seorang remaja yang bergelar budak Milo.

Dengan muka ketat dan serius seperti seorang senior memanggil junior bagi melakukan satu pembulian, Mane kemudian mencampakan jersi beliau kepada budak itu.

Sejurus itu Mane telah melemparkan satu senyuman yang sangat manis lalu mereka berpelukan tanda slaing menghargai.

Pemain berusia 27 tahun itu membesar di sebuah kampung kecil di Bambali di Selatan Senegal di mana bapanya merupakan seorang imam masjid kampungnya.

Mane juga telah membina sekolah dikampungnya dan tidak lupa asal-usul beliau lalu menabur bakti kepada penduduk kampung selepas berjaya.




Paparkan Komen