Kelayakan Piala Dunia 2022 : UAE 5-0 Indonesia

Encik Bakri oleh Encik Bakri 1 minggu yang lalu

Pasukan bola sepak paling hebat antara semua pasukan di bimasakti, Indonesia telah dikejutkan dengan kekalahan tipis kepada pasukan dari Timur Tengah, The United Arab Emirates atau UAE nama singkatannya.

Ada yang menyebut bahawa Timnas Indonesia telah diayamkan, dibelasah, dibantai serta diganyang oleh UAE namun hakikatnya Indonesia hanya tewas kepada UAE lima gol tanpa balas sahaja. Menang nasib.

Indonesia bermain bersungguh-sungguh kerana sentiasa merasakan diri mereka hebat dan bermain secara bertahan membuatkan UAE tertekan lalu bermain secara santai sahaja.

Dipenghujung babak pertama UAE membuka tirai jaringan selepas penjaga gol Indonesia membuat aksi kelakar apabila tidak mampu menangkap dengan kemas percubaan UAE.

Kelam-kabut sendirian Wawan Hendrawan cuba menyelamatkan bola lalu, Khalil Ibrahim Al Hammadi yang menunggu didepan gawang mudah menolak masuk.

Penyerang berbisa UAE, Ali Ahmed Mabkhout mencetak hatrik buat UAE pada minit dengan jaringan pada minit ke-51, 63 dan 75 untuk mencipta sejarah.

Ali Ahmed Mabkhout telah menjadi penjaring terbanyak sepanjang zaman buat UAE dengan 53 gol mengatasi rekod yang dipegang Adnan Al Talyani dengan 52 gol.

Tariq Hassan melengkapkan kemenangan penuh bergaya UAE dengan gol kelima pada penghujung perlawanan tidak apa yang dibuat oleh Indonesia selain meneruskan 'klaim' mereka.

Satu debut ditempat sendiri yang begitu manis buat pengurus UAE. Bert van Marwijk.

UAE terselamat dari sebarang rusuhan, balingan air atau sebarang keganasan kerana bermain di tempat sendiri.

Indonesia menelan tiga kekalahan dalam tiga perlawanan dan Garuda dihajar UAE ini merupakan keputusan paling teruk.

https://www.youtube.com/watch?v=VwF_lQo5psU

UEA: Khalid Eisa Bilal, Mohamed Saleh Al Menhali, Walid Abbas, Mohammad Omar Al Attas, Khalifa Alhammadi, Ahmed Barman Alhmoudi, Ali Sameen Al Balushi (Tariq Ahmed 78'), Khalil Ibrahim Alhammadi (Omar Abdulrahman 59'), Jassim Yaqoob Albalooshi (Ahmed Khalil 77'), Ali Saleh Amro, Ali Ahmed Mabkhout

Indonesia: Wawan Hendrawan, Yanto Basna, Gavin Kwan Adsit, Hansamu Yama Pranata, Zulfiandi, Dendi Santoso, Hanif Sjahbandi, Irfan Barchdim (Manahati 70'), Andik Vermansah (Saddil Ramdani 55'), Ricky Fajrin, Alberto Goncalves (Lilipaly 63')




Paparkan Komen