Kelayakan EURO 2020 : Belgium 9-0 San Marino

Encik Bakri oleh Encik Bakri 1 minggu yang lalu

Pasukan bimbingan Roberto Martinez, Belgium menjadi pasukan pertama yang mengesahkan temapt ke pusingan akhir EURO 2020 selepas mencatatkan kemenangan penuh bergaya ke atas San Marino, 9-0.

Berada dalam kumpulan I bersama Russia, Cyprus, Kazakhstan, Scotland dan San Mario, Belgium mencatatkan kemenangan ke-7 daripada tujuh perlawanan dengan 28 jaringan dan satu bolos.

Dalam perlawanan ini penyerang Inter Milan, Romelu Lukaku yang menjaringkan dua gol mencatatkan sejarah apabila menjadi pemain Belgium pertama menjaringkan 50 gol.

San Marino berjaya bertahan selama 27 minit sebelum pesta gol bermula dengan gol terhasil daripada 8 penjaring berbeza termasuklah gol sendiri.

https://www.youtube.com/watch?v=hUr8K7UFhyc https://www.youtube.com/watch?v=-0v0o7l9_to https://www.youtube.com/watch?v=4iR-3aQqTH4

Belgium : Courtois, Alderweireld, Vermaelen, Vertonghen, Castagne, Vanaken, Tielemans, Chadli, Mertens (Verschaeren 63), Lukaku (Benteke 76), Eden Hazard (Carrasco 63).

Subs: Batshuayi, Sels, Mechele, Thorgan Hazard, Boyata, Januzaj, Origi, Witsel, Teunckens.

San Marino: Benedettini, Battistini, Brolli, Davide Simoncini, Palazzi, Grandoni (Lunadei 78), Mularoni, Enrico Golinucci, Giardi (Jose Hirsch 46),Nanni, Filippo Berardi (Alessandro Golinucci 46).

Subs: D'Addario, Ceccaroli, Della Valle, Gasperoni, Zavoli, Bernardi, Censoni, Aldo Simoncini, Tomassini.




Paparkan Komen