Kebangkitan Istanbul : Perlawanan Akhir Yang Paling Diingati Dalam Sejarah Bolasepak

Encik Bakri 7 bulan yang lalu

Pada 25 Mei 2005, Liverpool telah melakukan kebangkita luar biasa yang dipanggil Kebangkitan Istanbul. Salah satu kebangkitan terhebat dalam sejarah bola sepak, hanya benci, dendam dan cemburu yang akan menafikan persitiwa hebat ini.

Genap 12 tahun, Maldini dan Crespo meletakkan AC Milan selesa 3 gol dihadapan sebelum Liverpool bangkit mengikat melalui gol Gerrard, Smicer dan Alonso. Perlawanan terikat ke penentuan penalti dan akhirnya segala menjadi sejarah yang menjadi sebutan sehingga saat ko baca ayat ini.

Bukan mahu mengungkit cerita sejarah tetapi perlawanan ini harus diceritakan kembali sebagai sumber inspirasi.

Kebangkitan Istanbul antara yang paling popular di era moden ini sehinggakan memberi ilham kepada Bernard Chauly untuk mengarahkan filem Istanbul Aku Datang pada 2012.