JDT Mara Ke Separuh Akhir AFC Cup 2016


Penyandang juara, Johor Darul Ta’zim (JDT) mara ke separuh akhir Piala AFC selepas menundukkan South China AA 2-1 pada aksi suku akhir kedua di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin.

Kemenangan ini sekaligus membolehkan anak buah Mario Gomez itu merakam agregat 3-2 sekali gus mengecewakan kelab Hong Kong itu sekali lagi selepas menundukkan lawan sama pada aksi suku akhir Piala AFC musim lalu.


Download aplikasi The Sukan di Google Play