Iniesta Mencipta Magic Untuk Gol Pertamanya di Jepun

Encik Bakri oleh Encik Bakri 6 hari yang lalu

Sebelum ini pemain lagenda dunia, Andreas ini telah melakukan debut bersama Vissel Kobe telah menjadi bualan. Perlawnanan seterusnya Iniesta melakukan sentuhan yang padu juga menjadi sebutan.

Lukas Poldolski bijak menghantar bola kepada Iniesta lalu di sambut lembut dengan satu pusingan badan mempersonakan ibarat penari zumba memperdayakan dan merebahkan pertahanan lawan.

Iniesta membawa bola sebelum menggelecek penjaga gol lalu menolak masuk bola ke gawang yang terkangkang menanti disumbat tanpa halangan.

Gol ini merupakan gol pertama Iniesta bersama Vissel Kobe ketika menewaskan Jubilo Iwata 2-1.

Iniesta's Magic in Japan

Iniesta with an AMAZING first goal in Japan!😯💥🤯🔥

Geplaatst door Ball-Control op Zaterdag 11 augustus 2018

Andres Iniesta telah menandatangani kontrak untuk menyertai kelab dari Jepun, Vissel Kobe selepas 22 tahun bersama Barcelona. Iniesta berkata beliau memilih untuk berkelana ke Jepun kerana Vissel Kobe menawarkan projek yang menarik untuknya.

Pemain berusia 34 tahun itu dilaporkan menerima gaji yang lumayan sepanjang bersama kelab J-League tersebut, yang mana gaji tahunan Iniesta dianggarkan berjumlah $30m (£22.39m).

Pemilik Vissel Kobe, Hiroshi Mikitani percaya Iniesta akan banyak membantu generasi muda kelab tersebut.




Paparkan Komen