Higuan Dirasuk Ketika Latihan

Encik Bakri oleh Encik Bakri 1 bulan yang lalu

Penyerang pasukan Juventus, Gozalo Higuan telah naik hantu dan mengamuk seperti dirasuk ketika sesi latihan Juventus dalam persediaan perlawanan pertama mereka di Champions League menentang Atletico Madrid.

Selepas menghabiskan musim lalu dengan dipinjamkan ke AC Milan dan Chelsea, Higuan kembali ke pangkuan perempuan tua dan berganding bahu bersama Maurizio Sarri sekali lagi.

Musim ini telah bermain dalam kesemua 3 perlawanan Juventus di Serie A dan berjaya menjaringkan gol ketika Juventus menang tipis ke atas Napoli 4-3.

Dalam sesi latihan itu, Higuan telah kehilangan bola lalu telah menyepak lutut jurulatih Juventus, Marco Lanni yang memegang kertas sehingga terkeluar daripada rakaman video.

Pemain kesayangan Maurizio Sarri itu kemudiannya terus melepaskan amarah dengan menyepak papan iklan ditepi padang yang tertera jenama Jeep sehingga koyak.

Salah seorang staf Juventus telah menarik Higuan daripada terus melakukan kerosakkan dan Higuan kemudiannya berjaya mengawal diri dari terus dirasuk.

Mungkin Higuan penat kerana perlu mengejar bola.

Ada yang berpendapat Higuan mengamuk kerana hidangan Big Macnya dirembat orang.

Apa yang dilakukan oleh Higuan ini tidaklah segila ketika beliau dipinjam ke AC Milan pada musim panas 2018 yang lalu selepas Cristiano Ronaldo menyertai Juventus.

Dalam satu sesi latihan Higuan telah melakukan terjahan keras ke atas Gattuso dan Higuan jelas kelihatan panik selepas melakukan tindakan berani dan gila itu.

Gattuso dikenali sebagai pemain yang keras dan perangai itu dibawa sehingga menjadi pengurus nyata tidak berdiam diri dan membalas.

Namun pemain lain yang menjadi mangsa Gattuso. Gila boleh cedera pemain sendiri.



Paparkan Komen