Hazard Akhirnya Menjaringkan Gol Pertama Untuk Real Madrid

Encik Bakri oleh Encik Bakri 2 minggu yang lalu

Eden Hazard yang mengalami masalah berat badan sejak menyertai Real Madrid akhirnya telah menjaringkan gol pertama bersama Real Madrid.

Pemain Belgium itu mengalami pra musim yang bercampur aduk dengan prestasi yang mengecewakan dan tiba di Real dengan penambahan berat 7kg berbanding semasa di Chelsea.

Dengan tanda harga €100 juta akhirnya Hazard memecahkan kebuntuan dengan jaringan cukup padu ketika menentang Salzburg.

Hazard menerima hantaran bola dari tengah padang membawa ke ruang kosong yang terdampar sebelum memotong bola ke tengah dan merembat padu untuk gol tunggal perlawanan.

Eden Hazard with his first goal for Real Madrid😮💥😍🔥

Posted by Ball-Control on Wednesday, 7 August 2019



Paparkan Komen