Hantaran Padu Dan Luar Biasa Scholes Gemparkan Dunia Bola Sepak

Encik Bakri oleh Encik Bakri 5 hari yang lalu

Lagenda Manchester United merupakan salah seorang produk Class of 92 dan juga "One Man Club" senantiasa Bersatu, Bersetia, Berkhidmat. Bersama United Scholes telah membuat 700 penampilan dalam tempoh 20 tahun yang penuh cemerlang, gemilang dan terbilang.

Seorang pemain tengah yang mempunyai teknik yang hebat. Scholes telah menjulang 11 gelaran juara liga, 3 Piala FA, 2 liga eropah dan 2 piala liga. Scholes menjaringkan 107 gol di liga perdan dan 155 gol dalam semua kejohanan.

Selepas bersara buat kali kedua, Scholes menjadi pundit selepas menandatangani kontrak selama 4 tahun bersama BT Sports pada bulan Julai 2014. Scholes juga muncul di ITV untuk perlawanan Liga Juara Eropah dan pasukan England.

Scholes mengumumkan persaraan dari bola sepak pada musim panas 2011 tetapi mengambil keputusan untuk kembali beraksi atas permintaan Sir Alex Ferguson, pengurus United ketika itu.

Terbaru Paul Scholes telah membuat penampilan dalam perlawanan testimonial Manchester City menemukan pasukan Lagenda Manchester City dan sekumpulan pemain bintang yang pernah beraksi di Premier League.

Dalam perlawanan ini Paul Scholes telah menghasilkan satu hantaran yang sangat padu dan menarik lagi santai disertai satu teknik yang tiada banding mengembalikan kenangan sajian di zaman silam.

Kehebatan Paul Scholes ini telah diiktiraf oleh pemain tengah handalan dunia yang lain seperti Xavi, Iniesta dan Pirlo sebagai pemain terbaik Inggeris sepanjang zaman.

Scholes telah mencuri perhatian dalam perlawanan ini apabila membuat hantaran tanpa pandang dengan bahagian luar kaki kanak beliau selepas menerima hantaran yang mencari Robin Van Persi.

Padu bukan?

Paul Scholes' outrageous skill!

It's Paul Scholes' world - we're just living in it. 😍Outrageous vision and skill from the Manchester United legend in Vincent Kompany's Testimonial! 🔥Tag someone who needs to see this...🤤👇

Posted by Sky Sports on Wednesday, 11 September 2019

Kompany Testimonial Match : Manchester City Legends 2-2 Premier League All Stars

Pemain pertahanan Manchester City, Vincent Kompany telah diberi penghormatan dalam perlawanan Testimonial yang menemukan Lagenda Manchester City dan sekumpulan pemain bintang yang pernah beraksi di Premier League.

Dengan kehadiran seramai 51,615 penyokong, mereka hadir bagi memberi penghormatan kepada Ketua Pasukan Manchester City yang paling berjaya dalam sejarah kelab dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Ethihad.

Vincent Kompany meninggalkan City pada penghujung musim yang lalu tidak dapat beraksi dalam perlawanan ini kerana mengalami kecederaan dan perlawanan ini diteruskan bagi membantu golongan gelandangan melalui badan amal TACKLE4MCR.

Pasukan lagenda City telah diuruskan oleh Pep Guardiola yang membariskan pemain lagenda City Joe Hart, Martin Petrov, Joleon Lescott, Pablo Zabaleta, Micah Richards, Kolo Toure, Nigel de Jong, had David Silva, Samir Nasri, Shaun Wright-Phillips, James Milner dan Dietmar Hamann.

Lain macam bukan senarai lejen City?

Premier League All-Stars pula diuruskan oleh pengurus Belgium, Roberto Martinez and Thierry Henry yang membariskan pemain lagenda sebenar, ikon dan bintang Premier League.

Sangat jahat barisan pemain ini yang terdiri daripada Edwin Van Der Sar, Shay Given, Gary Neville, Ashley Cole, Jamie Carragher, Paul Scholes, Nicky Butt, Michael Carrick, Ryan Giggs, Rafael Van Der Vaart, Mikel Arteta, Patrick Vieira, Robbie Keane, Robin Van Persie, Tim Cahill dan Darius Vassell.

Keputusan perlawanan antara Manchester City Legends dan Premier League All Stars berakhir dengan keputusan 2-2.

Martin Petrov membuka jaringan dengan satu rembatan padu sesedap rasa yang selalu dilakukan beliau ketika bermain dan Robbie Keane menyamakan kedudukan dengan satu tolakan ringkas, liar seperti biasa.

Robin van Persie meletakkan Premier League All Stars didepan dan dilihat akan menang dalam perlawanan ini namun Benjani Mwaruwari menyundul untuk gol penyamaan.

Kenal tak Benjani Mwaruwari?

City: Hart, Zabaleta, Toure, Lescott, de Jong, Nasri, Ireland, Silva, Wright-Phillips, Aguero, Petrov

All-Stars: van der Sar, Neville, Carragher, Carrick, Cole, Arteta, Butt, Scholes, Giggs, Keane, van Persie




Paparkan Komen