FA Cup 18/19 - Suku Akhir : Wolverhampton Wanderers 2-1 Manchester United

The Sukan oleh The Sukan 1 minggu yang lalu

Finalis Piala FA musim lalu yang juga pasukan paling agung dalam sejarah peradaban bola sepak dunia, Manchester United telah dikejutkan oleh pasukan Wolverhampton Wanderers.

Sebenarnya tidak kejutan pun kerana Wolves sememangnya sebuah pasukan yang agak mantap musim ini bossku bukan biasa-biasa dan cuma Setan Merah terlebih luar biasa sejak Ole Gunnar Solskjaer hadir.

Selepas dilanda isu kecederaan Manchester United tidak gentar kerana bagi mereka sebuah pasukan mempunyai 25 pemain bukan 11 orang sahaja.

Namun perjuangan Setan Merah telah berakhir di kokak Wolves ketika para penyokong mereka mengharapkan aksi kebangkitan.

Dua kali penyokong Setan Merah mengharapkan aksi kebangkitan palsu minggu ini dan akhirnya mereka tertiarap jua.

Permainan separuh masa pertama berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan.

Bersambung babak kedua Wolves memperoleh dua gol dalam tempoh 6 minit sahaja, angka kegemaran Si Setan Merah.

Diogo Jota meletakkan Wolves dihadapan pada minit ke-70 sebelum Raul Jimenez menggandakan kedudukan pada minit ke-76.

Tiada penajring lain buat Wolves dalam 6 gol terakhir mereka kecuali samada Jimenez atau Jota.

Cubaan Setan Merah untuk bangkit gagal dan cuma mendapat gol saguhati pada minit ke-90 hasil rembatan Marcus Rashford.

Tanpa Romelu Lukaku nyata United terluka dan jika ada Lukaku pun tetap akan terluka.

Dalam satu kawasan ada satu keluarga yang cemerlang dan mampu mengubah nasib untuk berjaya dan kemampuan keluarga itu tidak mungkin mampu diikuti oleh jirang mereka.

Begitulah yang terjadi kepada Setan Merah yang gagal mengikut jejak kebangkitan jiran mereka, Manchester City yang juga ketinggalan dua gol.

Namun agak jelik dan pelik jika mereka yang gagal lebih teruk mahu menghina dan menganjing orang yang lebih cemerlang dari mereka.

Mereka itu adalah Arsenal, Liverpool dan Chelsea yang sememangnya lebih teruk dari Manchester United di Piala FA.

Wolves starting XI: Ruddy, Saiss, Coady, Boly, Doherty, Dendoncker, Neves, Joao Moutinho, Jonny, Jota, Jimenez

Man United starting XI: Romero, Dalot, Lindelof, Smalling, Shaw, Ander Herrera, Matic, Pogba, Lingard, Rashford, Martial




Paparkan Komen