Europa League - Round of 16 : Arsenal 3-0 Rennes(Agg. 4-3)

The Sukan oleh The Sukan 1 bulan yang lalu

Arsenal turun dengan semangat membara dan membawa aura keramat selepas berjaya menumbangkan Setan Merah lalu kembali ke tempat asal dan tempat keramat mereka tangga ke-4 atau 3a.

Agak berat tugas Arsenal untuk bangkit di laman sendiri selepas tewas dikaki Rennes 3-1 pada perlawanan pertama.

Sejak dinamakan kepada Europa League pada musim 2099/10 hanya satu pasukan sahaja yang berjaya bangkit dan mara selepas tewas 3-1 pada perlawanan pertama.

Fulham melakukanya selepas tewas 3-1 di Turin dan bangkit untuk menang di tempat sendiri dengan jaringan 4-1.

Arsenal perlu mencari gol seawal mungkin dalam perlawana kedua Europa League pusingan 16 terbaik ini.

Selepas 15 minit permainan Arsenal berjaya menyamakan agregat kepada 3-3 dan di depan dengan kelebihan gol tempat lawan.

Pierre-Emerick Aubameyang merapatkan agregat kepada 3-2 seawal minit ke-5.

Sepuluh minit berselang Ainsley Maitland-Niles menajringkan gol kedua dan menyamakan agregat.

Mempunyai kelebihan tempat lawan, Arsenal sekadar berpoco-poco hingga tamat babak pertama.

Pada minit ke-72 Pierre-Emerick Aubameyang membunuh semangat perjuangan Rennes dan meneruskan rentak kebangkitan Arsenal.

Jaringan Aubameyang diraikan dengan memakai topeng Adiwira, Black Panther Wakanda.

Arsenal: Cech, Mustafi, Koscielny, Monreal, Kolasinac, Ramsey, Xhaka, Maitland-Niles, Ozil, Aubameyang, Lacazette.

Rennes: Koubek, Traore, Da Silva, Mexer, Bensebaini, Bourigeaud, Andre, Grenier, Sarr, Ben Arfa, Niang.

First Leg Europa League 18/19 : Rennes 3-1 Arsenal

Wakil Ligue 1, Perancis, Rennes dengan mudah dan selesa mengalahkan Arsenal yang lemah dan lembik 3-1 dalam perlawanan pertama Europa League peringkat pusingan 16 terbaik.

Arsenal bermula baik dan sememangnya pasukan yang lebih baik berbanding Rennes apabila mendahului seawal minit ke-4 melalui Alex Iwobi.

Kemusnahan Arsenal bermula apabila Sokratis Papastathopoulos dilayangkan kad merah selepas mengutip kad kuning kedua kerana mengasari Ismaila Sarr.

Peluang digunakan sepenuhnya Rennes apabila Benjamin Bourigeaud menyamakan kedudukan pada minit ke-42.

Sepakan percuma Benjamin Bourigeaud berjaya diselamatkan sebelum Bourigeaud melakukan half-volley dari bola muntah.

Malang terus menimpa Arsenal apabila Nacho Monreal menyempurnakan hantaran lintang Mehdi Zeffane ke gawang sendiri.

Tiada angin, rumput atau padang basah dipersalahkan daripada gol sendiri itu.

Ismaila Sarr melengkapkan kemenangann agak selesa Rennes yang boleh dijadikan bekal untuk perlawanan kedua sundulan peluru.

Malam yang cukup malang buat Arsenal yang terus bergelut diperingkat Eropah kelas kedua.

RENNES (4-4-1-1): Koubek 6.5; Zeffane 7, Da Silva 7, Mexer 7, Bensebaini 8; Bourigeaud 9 (Lea Siliki 73), Andre 8, Grenier 8 (Gelin 90), Sarr 8; Ben Arfa 7.5; Hunou 7

ARSENAL (4-2-3-1): Cech 7.5; Mustafi 5, Sokratis 4, Koscielny 5, Monreal 4; Xhaka 5, Torreira 6; Mkhitaryan 5, Ozil 5 (Ramsey 70, 5), Iwobi 6.5 (Guendouzi 53, 5); Aubameyang 5 (Kolansinac 79).




Paparkan Komen