Europa League 2019/20 : Eintracht Frankfurt 0-3 Arsenal

The Sukan oleh The Sukan 1 bulan yang lalu

Arsenal mungkin tampak lemah dan lembik di Premier League tetapi tidak di pentas Eropah kelas kedua iaitu Europa League apabila mudah menewaskan kelab Jerman, Eintracht Frankfurt dengan tiga gol tanpa balas.

Perlawanan pembuka tirai ini dihadapi dengan penuh yakin oelh Arsenal selaku naib juara musim lalu, tidak seperti juara Champions League yang tewas pada perlawanan pertama mereka. Memalukan.

Pengurus Arsenal, Unai Emery telah membuat beberapa pertukaran membariskan pemain muda seperti Joe Willock, Bukayo Saka dan Emile Smith Rowe dikesebelasan utama.

Joe Willock menjaringkan gol pertama Arsenal pada minit ke-38 dan dua gol lagi terhasil di 5 minit terakhir permainan.

Bukayo Saka menjaringkan gol pertama beliau buat Arsenal dengan menewaskan Kevin Trapp dengan gol jarak jauh.

Pierre-Emerick Aubameyang tidak mahu kalah dengan adik-adik lalu mencetak nama selaku penjaring untuk gol ketiga.

Eintracht Frankfurt: Trapp, Abraham, Hasebe, Hinteregger, Kohr, Da Costa, Sow, Kamada, Kostic, Dost, Andre Silva
Subs: Ndicka, Falette, Fernandes, Joveljic, Chandler, Ronnow, Paciencia

Arsenal: Martinez, Chambers, Mustafi, Luiz, Kolasinac, Torreira, Xhaka, Smith-Rowe, Willock, Saka, Aubameyang
Subs: Leno, Ceballos, Maitland-Niles, Pepe, Nelson, Guendouzi, Martin



Paparkan Komen