Eran Zahavi Hasilkan Gol Kemenangan Ajaib Di Minit Akhir

Encik Bakri oleh Encik Bakri 1 bulan yang lalu

Sejak kebangkitan Liga Super China beberapa tahun lalu dengan kuasa wang dan ekonomi yang kukuh, pemain daripada kelab Eropah telah menjadi buruan kelab China dengan tawaran gaji yang lumayan dan tidak masuk akal.

Bayaran lumayan ini telah menarik nama besar seperti Carlos Tevez, Axel Witsel, Paulinho, Ramires, Oscar, Yannick Carrasco, Ezequiel Lavezzi, Hulk, Alexandre Pato dan Gareth Bale hampir-hampir namun U-Turn disaat akhir.

Nama Eran Zahavi mungkin tidak segah nama besar lain yang pernah beraksi di Eropah namun Zahavi merupakan antara pemain import di Liga Super China yang berjaya mempamerkan aksi dan prestasi terbaik.

Eran Zahavi merupakan pemain Guangzhou R&F yang telah memenangi anugerah pemain terbaik liga Super China 2017 telah menjaringkan gol kemenangan yang ajaib melalui sepakan Rabona pada minit akhir perlawanan.

Pemain pasukan kebangsaan Israel itu menghasilkan detik ajaib ketika Guangzhou R&F menentang pasukan Tianjin Tianhai telah menjaringkan gol penyamaan untuk mengikat kedudukan 3 minit sebelum rehat separuh masa pertama.

Ketika permainan dilihat bakal berakhir dengan keputusan seri, Eran Zahavi muncul wira dengan jaringan Rabona dari jarak dekat ketika dikepung pemain Tianjin Tianhai yang nyata terpegun dengan jaringan tersebut.

Eran Zahavi yang menyertai Guangzhou R&F pada tahun 2016 telah menjaringakn 96 gol dalam 104 perlawanan untuk pasukan Liga Super China itu.

Sebelum ini pemain berusia 32 tahun ini telah bermain di Serie A bersama Palermo dan kelab Israel Macabi Tel Aviv.

Bersama Israel, Zahavi telah menjaringkan 17 gol dalam 48 penampilan.



Paparkan Komen