Dua Kali Pep Guardiola Hampir Hilang Akal Dengan Keputusan Pengadil

Encik Bakri oleh Encik Bakri 13 jam yang lalu

Pengurus Manchester City, Pep Guardiola dua kali hampir kehilangan akal menyaksikan pasukan bimbingannya tewas kepada Liverpool dalam perlawanan yang terpalit dengan kontroversi daripada gol yang terhasil.

Rujukan pengadil kepada Video Assistant Referee(VAR) kepada dua gol awal yang dijaringkan oleh Fabinho dan Mohamed Salah nyata tidak memihak kepada Manchester City lalu gol itu dikira sah.

Musim lalu Pep Guardiola juga berang dengan VAR kerana membatalkan gol minit akhir Raheem Sterling ketika bertemu Spurs di suku akhir Champions League dimana City tersingkir dengan peraturan gol tempat lawan.

Pep Guardiola menganggap sistem 'Video Assistant Referee' (VAR) yang digunakan dalam bola sepak sekarang sebagai perkara yang membosankan untuk dibincangkan.

"VAR is f**king boring to talk about."

"Kadang-kadang ia membantu kamu, kadang-kadang tidak. UEFA mencipta teknologi ini untuk membantu pengadil. Jadi apa yang boleh saya lakukan?"

Reaksi agresif Pep Guardiola ke atas pengadil selepas Manchester City tewas kepada Liverpool dengan jaringan 3-1 mungkin merubah pandangan Guardiola kepada VAR.

Guardiola mempersoalkan keputusan pengadil selepas merujuk kepada VAR membuktikan VAR mungkin tidak lagi menjadi topik yang membosankan untuk dibincang.

Pada minit ke-6 Liverpool sudah didepan melalui satu rembatan padu yang meroket daripada Fabinho, pemain yang jarang menjaringkan gol.

Kontroversi tercetus daripada gol Fabinho ini kerana sebelum gol terhasil, Manchester City berada dalam kedudukan mahu mendapatkan sepakan penalti selepas bola daripada Kevin De Bryune terkena tangan Trent Alexander-Arnold.

Secara ringkasnya dan untuk mudah difahami gol Fabinho adalah dibina daripada gerakan yang melibatkan handball oleh Trent Alexander-Arnold.

Persoalan tercetus apakah bola terlebih dahulu terkena tangan Bernardo Silva terlebih dahulu? Selepas merujuk kepada Video Assistant Referee(VAR) pengadil mengesahkan jaringan itu.

Mohamed Salah menggandakan kedudukan pada minit ke-13 melalui satu sundulan tegak selepas menerima hantaran cantik Andy Robertson.

Gol Salah juga dirujuk kepada Video Assistant Referee(VAR) dan VAR mengeluarkan gambar yang menunjukkan Mohamed Salah tidak ofsaid.

Beliau berada di belakang garisan terakhir pertahanan sebelum menerima hantaran Andy Robertson. Tiada masalah pun gol Salah ni tapi tetap menimbulkan rasa tidak puas hati.

Ternyata VAR menimbulkan rasa tidak puas hati Guardiola yang mengamuk sebanyak dua kali kepada pengadil kerana dinafikan dua kali sepakan penalti.

Kira-kira 10 minit sebelum perlawanan tamat Pep Guardiola telah melepaskan kegeraman kepada pembantu pengadil ditepi padang sambil menjerit 'TWICE' dan mengangkat dua jari.

'Twice' membawa maksud dua, mungkin dua gol kontroversi atau dua kali tak dapat penalti.

Selepas tamat perlawanan Pep Guardiola tanpa teragak-agak untuk menganjing pengadil perlawanan.

Selesai bersalaman dengan pemain Liverpool, Guardiola bersalaman dengan pengadil, Michael Oliver serta dua pembantu pengadil dengan gaya yang tidak berpuas hati berserta ucapan.

"Terima kasih banyak-banyak."

Dalam temuramah selepas perlawanan, Guardiola menyatakan beliau bangga dengan pemainnya walaupun tewas dan tidak mahu mengulas mengenai kontroversi tercetus.

Pep Guardiola menyuruh wartawan tersebut supaya merujuk kepada pengadil.



Paparkan Komen