Detik Liverpool Julang UEFA Super Cup Dan Menjadi Kelab Paling Agung Di Eropah

Encik Bakri oleh Encik Bakri 1 minggu yang lalu

Kelab paling hebat di atas muka bumi ini , Liverpool power this is our year telah menjulang trofi UEFA Super Cup buat kali ke-4 dalam sejarah kelab yang penuh keagungan dan terbilang.

Trofi UEFA Super Cup ini merupakan kejuaraan utama yang ke-46 Liverpool sekaligus memotong jumlah trofi yang diraih Manchester United iaitu sebanyak 45. Ada yang cakap benda ni sekadar mitos.

Oleh sebab aku malas nak Google korang jangan percaya. Tapi dengan menjulang UEFA Super Cup Liverpool telah menjadi kelab teragung di Eropah.

Perlawanan UEFA Super Cup menemukan dua pasukan Inggeris yang beraksi di Premier League selepas kedua-dua pasukan ini mendominasi kejohanan Eropah pada musim lalu.

Liverpool selaku juara Champions League bertemu dengan chelsea yang merupakan juara kejohanan kelas dua Eropah, Europa League.

Perlawanan antara Liverpool dan Chelsea merupakan perlawanan ke-8 yang melibatkan pasukan dari negara yang sama dan yang pertama menemukan dua kelab Inggeris.

Skrip perlawanan hampir sama dengan kisah malam kebangkitan Istanbul Liverpool dengan aksi kebangkitan Liverpool selepas ketinggalan dan menang dipenentuan sepakan penalti.

Liverpool muncul juara UEFA Suoer Cup buat kali ke-4 dan kekalahan kali ketiga secara berturut-turut Chelsea di UEFA Super Cup.




Paparkan Komen