David Neres Ditampar Tadic Kerana Tidak Ceria Meraikan Gol

Encik Bakri oleh Encik Bakri 1 bulan yang lalu

Ketua pasukan Ajax, Dusan Tadic telah memberi rakan pasukannya, David Neres satu kejutan yang amat dan menjadi bualan peminat bola sepak dunia apabila menghadiahkan satu tamparan ke pipi rakannya itu.

Perlakuan mengejutkan daripada Tadic itu dilakukan ketika pemain Ajax meraikan gol pembukaan yang dijaringkan oleh Quincy Promes dalam perlawanan menentang Lille di Champions League.

Semi finalis Champions League musim lalu itu menang 3-0 ke atas Lille hasil jaringan Quincy Promes, Edson Alvarez dan Nicolas Tagliafico.

Ketika pemain Ajax meraikan gol pendahuluan daripada Promes pada minit ke-18 Tadic telah menampar Neres yang mempamerkanmuka yang tidak berperasaan.

Sedar akan kekuatan tamparannya itu, Tadic telah mencium pipi pemain Brazil itu tanda maaf.

Ramai berpendat Neres ditampar kerana muka yang tiada perasaan.

Ketika bersama teman wanitanya, Kira Winona Neres mampu pula tersenyum.

View this post on Instagram

💪🏼❤️

A post shared by K I R A W I N O N A (@kirawinona) on



Paparkan Komen