Cubaan Young Melakukan Cruyff Turn Bertukar Menjadi Bencana

Encik Bakri oleh Encik Bakri 3 hari yang lalu

Ashley Young mengambil sepakan percuma dikawasan sendiri namun tolakan ringkas gagal dilakukan Young dan terkena kaki pemain Barcelona.

Mujur Young kembali mendapat bola selepas melantun kepada pemain United dan Young cuba mengawal bola lalu membuat Cruyff Turn dalam kawasan sendiri.

Cruyff Turn yang cuba dilakukan Ashley Young memakan diri apabila mudah kehilangan bola lalu dirampas Lionel Messi untuk gol pertama dan agregat digandakan kepada dua pada minit ke-16.

Bagi pengulas perlawanan ketika itu, Young tidak cukup bagus untuk melakukan gerakan teragung milik mendiang Johan Cruyff.

Banyak pilihan untuk Young menghantar bola dengan mudah namun

Turn yang sia-sia dari Young menjadi titik tolak kepada kekalahan Setan Merah.

Memalukan dan kelakar.

Aksi Young nyata menimbulkan kegemparan di alam maya.




Paparkan Komen