Champions League 2019/20 : Chelsea 0-1 Valencia

Encik Bakri oleh Encik Bakri 1 bulan yang lalu

Chelsea kembali ke pentas kejohanan paling berprestij, Champions League selepas menghabiskan satu musim di liga kelas kedua Eropah dan bergelar juara Europa League dengan menewaskan jiran sekampung Arsenal.

Bermain di Stamford Bridge gagal dimanfaatkan Chelsea untuk mengutip sekurang-kurangnya satu mata apabila tewas dikaki Valencia dan gagal menyempurnakan sepakan penalti.

Chelsea dikejutkan lebih awal apabila pemain muda harapan seluruh peminat Chelsea itu dikeluarkan pada minit ke-17 ketika aksi di Stamford Bridge selepas mengalami kecederaan yang mengerikan.

Debut Mason Mount di Champions League bersama Chelsea di akhiri dengan penuh kejam oleh bekas pemain Arsenal, Francis Coquelin melalui satu terjahan yang keras.

Bekas pemain tengah Arsenal, Coquelin telah gagal mengawal bola lalu cuba untuk membuat hantaran yang pada ketika itu dicabar oleh Mason Mount.

Tolakan Couquelin itu menyaksikan tapak kasut beliau menuju ke keting Mount dan buku lali Mount telah terpelot dengan ngeri sekali.

Mount kemudian dikeluarkan dan Pedro masuk sebagai galang ganti namun Coquelin hanya dilayangkan kad kuning untuk satu kekejaman.

Sepakan percuma bersahaja ketua pasukan Valencia, Daniel Parejo yang melambungkan bola ke ruang kosong di kotak penalti Chelsea pantas disambar Rodrigo yang kencang menewaskan Kepa Arizabalega.

Ross Barkley berbakul-bakul mendapat cemuhan peminat Chelsea setelah membazirkan peluang terbaik untuk menyamakan kedudukan melalui sepakan penalti yang merupakan satu hadiah terbaik.

Hadiah daripada Video Assistant Referee(VAR) itu telah diragut dengan rakus oleh Barkley yang mahu mengambil sepakan dengan mengetepikan Jorginho dan Willian yang selalu memikul tugasan itu.

Hasilnya sepakan Barkley terbang jauh daripada gawang dan melepasi palang menuju ke langit yang berjerebu. Terus kelam masa depan Chelsea yang ketinggalan ketika perlawanan hampir tamat.

Pengurus Chelsea, Frank Lampard selpasa perlawanan telah mengesahkan bahawa Barkley akan membuat sepakan jika beliau berada di padang.

Starting XI: Arrizabalaga (6); Zouma (6), Christensen (7), Tomori (6), Azpilicueta (7), Jorginho (6), Kovacic (7), Alonso (7), Willian (8*), Mount (5), Abraham (6)
Substitues: Pedro (7), Giroud (5), Barkley (4)

Starting XI: Cillessen (7); Wass (7), Garay (7), Gabriel (7), Gayá (8), Coquelin (6), Parejo (8), Kondogbia (7), Cheryshev (6), Rodrigo (8*), Gameiro (6)
Subs: Gomez (6), Lee (4), Diakhaby (4)



Paparkan Komen