Champions League 18/19 Suku Akhir 2 : Juventus 1-2 Ajax (Agregat 2-3)

Encik Bakri oleh Encik Bakri 3 hari yang lalu

Ajax sekali lagi mempamerkan aksi yang menawan di Champions League apabila menewaskan Juventus di Turin sekaligus mara ke separuh akhir dengan agregat 3-2.

Ini membuktikan bahawa kemenangan ke atas Real Madrid tempoh hari untuk ke suku akhir bukan nasib semata-mata tetapi dengan kepoweran pasukan.

Skrip sama seperti suku akhir pertama apabila Cristiano Ronaldo meletakkan Juventus di hadapan pada minit ke-28.

Namun gol tersebut hanya bertahan 6 minit sahaja apabila Donny van de Beek kembali menyamakan agregat.

Kedudukan 1-1 sama dengan agregat terikat 2-2 kekal hingga tamat babak pertama.

Di separuh masa kedua Matthijs de Ligt menjaringkan gol kedua sekaligus memberi tekanan kepada Juventus.

Matthijs de Ligt menjadi pemain termuda Belanda menjaringkan gol di peringkat kalah mati pada usia 19 tahun 246 hari sejak Nordin Wooter melakukannya pada April 1996 di usia 19 tahun 237 hari.

Kelebihan gol tempat lawan dan kelebihan agregat dimiliki Ajax gagal untuk dikejar Juventus lalu kecewa lagi.

Maka harapan Ronaldo untuk membawa Juventus bertemu Manchester City atau Tottenham Hotspur tidak kesampaian.

Ternyata Ajax bukan biasa-biasa dan tenang untuk menang di gelanggang lawan.

Juventus XI: Szczesny, De Sciglio (Joao Cancelo), Rugani, Bonucci, Alex Sandro, Can, Pjanic, Matuidi, Bernardeschi (Bentancur), Dybala (Kean), Ronaldo

Ajax XI: Onana, Veltman, De Ligt, Blind, Mazraoui (Sinkgraven) (Magallan), Schone, De Jong, Ziyech (Huntelaar), Van de Beek, David Neres, Tadic

Champions League 18/19 - Suku Akhir 1 : Ajax 1-1 Juventus

Kekecohan tercetus di Johan Cruyff arena menjelang pertemuan Ajax dan Juventus di mana beberapa penyokong telah ditahan.

Cristiano Ronaldo yang dilaporkan merayu untuk diturunkan dalam perlawanan suku akhir pertama ini nyata tidak menghampakan.

Pasukan pelawat membuka jaringan melalui sundulan terbang sesedap rasa Ronaldo pada separuh masa pertama dipenhujung babak pertama.

Namun Ajax segera memberi respon pada awal separuh masa kedua dengan gol penyamaan padu dari David Neres.

Ajax membuktikan bahawa mereka mara ke suku akhir dengan menendang keluar Real Madrid bukan kerana nasib tetapi mereka power.

Dalam perlawanan ini Ajax menguasai 64 peratus permainan dengan 17 percubaan dan 6 daripadanya percubaan tepat.

Juventus pula hanya menghadirkan 6 percubaan dan satu-satunya percubaan tepat adalah gol Ronald.

AJAX: Onana, Veltman, De Ligt, Blind, Tagliafico, F. de Jong, Schone (Ekkelenkamp 75'), Ziyech, Van de Beek, Neres, Tadic

Subs : Kristensen, Sinkgraven, Huntelaar, Magallan, Dolberg, Semedo Varela,

JUVENTUS : Szczesny, Alex Sandro, Bonucci, Rugani, Joao Cancelo, Pjanic Matuidi (Dybala 75'), Bentancur, Bernardeschi (Khedira 90+3), Mandzukic (Douglas Costa 60'), Ronaldo

Subs : De Sciglio, Kean, Perin, Spinazzola




Paparkan Komen