Champions League 18/19 Suku Akhir 2 : Barcelona 3-0 Manchester United (Agregat 4-0)

Encik Bakri oleh Encik Bakri 3 hari yang lalu

Sebelum perlawanan Pengurus Barcelona, Ernesto Valverde berkata Lionel Messi sudah cergas sepenuhnya dari kecederaan dan berada dalam keadaan terbaik untuk menghadapi Manchester United dalam perlawanan timbal balik peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Eropah yang akan berlangsung di Nou Camp.

Chris Smalling mungkin tersenyum sinis mendengar kata-kata Valverde ini dan ternyata Lionel Messi membuktikan kata-kata itu dengan dua gol.

Kebanyakkan peminat United yakin akan kebangkitan kesayangan mereka dan kebangkitan ke atas PSG menjadi sandaran.

Manchester United bermula dengan acah-acah garang dengan menekan Barcelona untuk memadamkan kelebihan gol tempat lawan Barca.

Percubaan daripada Marcus Rashford nyata memberi harapan kepada sebuah kebangkitan namun sekadar menggegar palang.

Barcelona dihadiahkan penalti namun selepas dirujuk kepada Video Asisstant Referee(VAR) tiada kesalahan dari pihak setan merah.

Cruyff Turn yang cuba dilakukan Ashley Young memakan diri apabila mudah kehilangan bola lalu dirampas Lionel Messi untuk gol pertama dan agregat digandakan kepada dua pada minit ke-16.

Bagi pengulas perlawanan, Young tidak cukup bagus untuk melakukan gerakan teragung milik mendiang Johan Cruyff. Memalukan dan kelakar.

Empat minit berselang Messi sekali lagi menjadi duri dalam daging dengan gol kedua perlawanan kali ini giliran David De Gea membuat kelakar.

Rembatan leret Messi selepas membuat larian solo yang nyata tidak dapat dihalang pertahanan Setan Merah menyaksikan De Gea bertelur teruk.

Mungkin De Gea dirasuk oleh Lloris Karius ketika mahu membuat tangkapan dan kedudukan 2-0 kekal hingga tamat babak pertama.

Hanya 20 minit sahaja diperlukan Messi untuk menjaringkan dua gol.

Bersambung separuh masa kedua harapan peminat Setan Merah mahu menyaksikan kebangkitan teragung tidak kesampaian.

Barcelona tenang mengawal perlawanan dan mengasak. Setan Merah bermain seolah-olah mereka sedang selesa dengan agregat 200-0.

Phillipe Coutinho menambah luka dengan gol ketiga dan agregat meningkat kepada 4-0 dan ketika ini Manchester United hanya menghitung menunggu dibahan.

BARCELONA: (4-3-3) Ter Stegen 6.5; Sergi Roberto 6 (Nelson Semedo 71, 6), Pique 7, Lenglet 6.5, Jordi Alba 7; Rakitic 7, Sergio Busquets 7, Arthur 7 (Vidal 75, 6); Messi 9, Suarez 7, Coutinho 7 (Dembele 81)

MANCHESTER UNITED: (4-3-3) De Gea 4.5; Jones 5, Lindelof 5.5, Smalling 5, Young 5; McTominay 6, Fred 4.5, Pogba 5.5; Lingard 5.5 (Sanchez 80), Rashford 6.5 (Lukaku 73, 6), Martial 4.5 (Dalot 65, 6)

Champions League 18/19 - Suku Akhir 1 : Manchester United 0-1 Barcelona

Perlawanan paling dinanti-nanti yang mempunyai nostalgia lama dan cerita yang penuh ranjau tatkala dua pasukan ini bertemu, Manchester United menentang Barcelona.

Jam 3 pagi berpusu-pusu cerukan dan celahan kedai mamak di seksyen 15 Bandar Baru Bangi di dipenuhi oleh peminat tegar bola sepak.

Sudah lama tidak perlu berebut meja untuk menonton perlawanan apatah lagi pada jam 3 pagi.

Terdapat 2-3 meja dihuni oleh orang perseorangan sanggup turun walaupun solo demi perlawanan sedap ini.

Ada juga hampir 6 meja dipenuhi oleh geng-geng PUBG yang menumpang WIFI sekadar menyemak dan kekal di meja hingga jam 6.

Marcus Rashford terlebih dahulu mencuba pertahanan Barcelona melalui sepakan penjuru pada minit ke-4 namun sepakannya meliar menjauhi tiang gol.

Pada minit ke-12 Luke Shaw menjaringkan gol sendiri selepas tandukan Luiz Suarez terbias ke badan Shaw.

Pada mulanya gol dibatalakan kerana offside selepas dirujuk Video Assistant Referee(VAR) maka gol itu sah.

Celah mana offside pun tak tau la.

Barcelona hampir menggandakan kedudukan apabila tetapan(setting) sedap Suarez padu dirembat Philippe Coutinho.

Namun seperti biasa David De Gea ada digawang untuk menyelamatkan Setan Merah.

Peluang terbaik Setan Merah untuk menyamakan kedudukan menerusi Diogo Dalot yang tidak dikawal namun tandukan ke laut jua.

Dalam perlawanan ini menyaksikan Lionel Messi bermandi darah ditibai Chris Smalling yang nampak power.

Kata-kata Smalling sebelum perlawanan yang bersedia menghadapi Messi bukan sekadar sembang semata-mata.

Permainan nyata menjadi milik Barcelona yang menaikkan tempo permainan untuk mencari bekalan lebih.

Tiada percubaan tepat terhasil dari 7 percubaan Setan Merah di mana semua bola kelaut.

Namun Manchester United kental bertahan dengan penuh berdisiplin sambil membuat pecubaan liar.

Buat pertama kali Manchester United kalah diperingkat kalah mata 3 kali berturut-turut.

Ini merupakan kemenangan ke-4 Barcelona ke atas Setan Merah di Champion League dan setiap kekalahan terjadi di stadium berlainan (Camp Nou, Stadio Olimpico, Wembley and Old Trafford).

Tugas berat menanti Manchester United yang masih mengejar slot ke Champions League musim depan dalam suku akhir kedua.

Barcelona tenang sahaja kerana gelaran La Liga hampir ditangan dan fokus hanya kepada kejohanan Eropah ini.

MANCHESTER UNITED: (4-3-3) De Gea 7; Young 5, Smalling 6.5, Lindelof 6, Shaw 6; Fred 6, McTominay 7.5, Pogba 6; Dalot 7 (Lingard 74), Lukaku 6 (Martial 68), Rashford 6.5 (Pereira 85)

BARCELONA: (4-3-3) Ter Stegen 6.5; Semedo 7, Pique 7, Lenglet 5.5, Jordi Alba 6.5; Arthur 5.5 (Roberto 66), Busquets 5.5 (Alena 90+3), Rakitic 6; Messi 6, Suarez 7, Coutinho 6 (Vidal 65)




Paparkan Komen