Challenge Cup 2019 Final 2 : UKM FC 1-0 JDT II (Agg. 1-1, Pen. 5-6)

Encik Bakri oleh Encik Bakri 6 hari yang lalu

UKM FC tewas dengan jaringan tipis pada perlawanan akhir pertama yang menyaksikan Amirulhadi Zainal menjadi penjaring gol tunggal perlawanan.

Namun UKM FC tidak panik malah yakin mampu bangkit dalam final kedua walaupun JDT II membawa masuk dua pemain liga super, Hazwan Bakri dan Fadli Shas untuk memperkuatkan pasukan.

Ternyata UKM FC steady dan berjaya mengikat agregat hasil jaringan pemain import mereka, Mateo Roskam pada minit ke-81.

Jaringan ini merupakan gol ke-19 Mateo Roskam musim ini buat UKM FC dalam semua pertandingan yang disertai.

Kedudukan seri secara agregat ini memaksa permainan dilanjutkan ke masa tambahan.

Tiada jaringan terhasil dan pemenang ditentukan melalui sepakan penalti.

JDT II menang dengan jaringan 6-5.

AET UKM FC 1-0 JDT II (Agg. 1-1, JDT menang penalti 6-5)

Mateo Roskam 81'

Challenge Cup 2019 Final 1 : JDT II 1-0 UKM FC

JDT II membawa bekalan satu untuk perlawanan akhir kedua Challenge Cup atau Piala Cabaran bagi tahun 2019 apabila menewaskan UKM FC di perlawanan akhir pertama.

Gol tunggal perlawanan dijaringkan oleh Amirulhadi Zainal pada minit ke-64.

FT JDT II 1-0 UKM FC
Amirulhadi Zainal 64'




Paparkan Komen