Blunder Fatal Penjaga Gol Timnas Indonesia

Encik Bakri oleh Encik Bakri 2 bulan yang lalu

Pasukan bola sepak paling hebat antara semua pasukan di bimasakti, Indonesia telah dikejutkan dengan kekalahan tipis kepada pasukan dari Timur Tengah, The United Arab Emirates dalam perlawanan kualifikasi Piala Dunia 2022.

Indonesia mampu mengekang asakan UAE dan hampir saja menamatkan separuh masa pertama dengan kedudukan seri tanpa jaringan namun blunder fatal dilakukan oleh penjaga gol Indonesia, Wawan Hendrawan.

Di penghujung babak pertama UAE membuka tirai jaringan selepas penjaga gol Indonesia membuat aksi kelakar apabila tidak mampu menangkap dengan kemas percubaan UAE.

Kelam-kabut sendirian Wawan Hendrawan cuba menyelamatkan bola lalu, Khalil Ibrahim Al Hammadi yang menunggu didepan gawang mudah menolak masuk.

Ini merupakan debut Wawan Hendrawan bersama Timnas Indonesia selepas beraksi cemerlang bersama Bali United bagi menggantikan ketua pasukan yang selalu blunder.

Malang buat Wawan Hendrawan yang bukan sahaja melakukan blunder fatal malah tewas dan bolos 5 gol dalam penampilan pertama.



Paparkan Komen