Azizulhasni Awang Raih Emas Di Asian Track Championship 2019

Encik Bakri oleh Encik Bakri 7 bulan yang lalu

Azizulhasni Awang melalui detik penuh dramatik sebelum meraih pingat emas buat kali ke-9 di Asian Track Championship 2019 di Velodrom Antarabangsa Jakarta, Indonesia.

Gelaran juara Asia buat kali ke-9 buat anak kelahiran Terengganu itu. Pada pusingan kelayakan Azizul menduduki tangga ke-10 dan berhadapan lawan yang kuat untuk ke final.

Keadaan itu memaksa The Pocketrocketman menggunakan tenaga yang lebih. Di final Azizul berhadapan jaguh dari China Xu Chao.

XU Chao memenangi perlumbaan pertama namun Azizul bangkit di perlumbaan kedua dan menang penuh dramatik di pusingan penentuan.

Perubahan strategi dan taktikal Azizul menjadi untuk meraih emas apabila mengejar dari belakang dan memotong disaat akhir.




Paparkan Komen