Aksi Superman Raih Gelaran Juara

Encik Bakri oleh Encik Bakri 4 hari yang lalu

Pelik tapi benar dan luar biasa bagi atlet 400m lari berhalangan ini untuk mecapai kemenangan dengan memerah segala kudarat dan cara.

Dalam acara yang berlangsung di Amerika Syarikat itu, Infinite Tucker yang merupakan pelari muda di Texas A&M University melakukan aksi terbang untuk muncul juara.

Aksi yang mendapat jolokan Superman terbang itu telah memberi kemenangan kepada Infinite Tucker yang kelihatan sudah tidak berdaya untuk memecut.

Tucker dan rakan sepasukannya Robert Grant kelihatan saling mengejar dan silih berganti untuk kedudukan tempat pertama ketika perlumbaan berbaki 50m.

Ketika hampir ketinggalan dan hanya beberapa meter dari jarak, Tucker mengambil keputusan untuk terbang dan berjaya.

Power bukan?

"Sejujurnya ku tak biasa hidup tanpa kamu aku gila, aku berbangga menang dan bersaing dengan yang terbaik." Ujar Tucker melalui laman sesawang sekolahnya.

"Aku dan rakan sepasukan telah berkerja keras untuk kejohanan ini dan kemenangan telah diraih. Aku gembira dan bersyukur."

"Sasaran kami untuk mengutip sebanyak mata yang boleh, kami mahu mendapatkan tempat pertama, kedua, ketiga dan keempat tanpa mengira siapa nombor satu."

Jurulatih Texas A&M, Pat Henry berkata kepada Tucker :

"Kau takkan dapat pergi lebih laju dengan terbang, teruskan berlari dan kau akan sejahtera."

"Dia ingan dia ada dalam pasukan renang agaknya." Tambah Henry lagi.

Tucker menamatkan larian dengan masa 49.38 saat dan berada di kedudukan teratas bagi sekolahnya selepas hanya berada dikedudukan kedua tahun lalu.

Tucker juga berjaya menempatkan diri dikedudukan ke-10 dalam senarai dunia.




Paparkan Komen