Aksi Nakal Klopp Melarikan Diri Selepas Nampak Kelibat Guardiola

Share on facebook
Share on twitter

Pengurus pasukan paling power di muka bumi, Jurgen Klopp merupakan seorang yang sempoi dan menghiburkan dengan aksi dan reaksi spontannya ketika dipadang, tepi padang dan juga semasa ditemuramah.

Pengurus Liverpool itu tampak ceria dan menikmati cuti rehat liga sempena perlawanan persahabatan dan kelayakan antarabangsa yang berlansung lebih kurang dua minggu.

Liverpool bercuti rehat dengan selesa selepas berjaya menewaskan Manchester City yang merupakan antara pasukan yang mampu mencuri mata Liverpool dengan begitu mudah untuk melebarkan kedudukan di puncak liga.

Gol daripada rembatan peluru Fabinho, Mohamed Salah dan Sadio Mane melalui sundulan tegak dan terbang sudah cukup untuk Liverpool meraih 3 mata berharga dan tidak kalah selepas 12 perlawanan.

Jurgen Klopp sekali lagi memaparkan sisi kelakarnya ketika ditemuramah di Konferen Jurulatih UEFA jelas membuktikan beliau tenang dan gembira dengan pencapaian Liverpool setakat ini.

Jurgen Klopp telah ditanya oleh wartawan samada beliau ada berbual dengan jurulatih Manchester City ketika menghadiri Konferen Jurulatih UEFA.

Jawapan Klopp bersahaja seperti biasa.

“Sudah pasti kami berborak. Kenapa kami tak boleh berborak? Kami sentiasa berbicara.”

Ketika mejawab soalan wartawan itu, jurulatih Manchester City, Pep Guardiola tiba-tiba muncul dari belakang.

Klopp yang menyedari kehadiran Guardiola telah melarikan diri seperti budak sekolah nampak Cikgu Disiplin.

“Pep datang!” Terus Klopp melarikan diri.”

Reaksi spontan Klopp itu nyata disukai oleh warganet yang menyifatkan kelakuan itu sangat kelakar dan mengiburkan.

Tengok perangai Kloop ni teringat lagu Nakal yang merupakan single ke-3 lantunan Ayda Jebat.

Pertama kali ku mengenalimu pujaanku
Lidah kelu diam membisu
Mungkinkah aku sudah mulai suka padamu

Usik-usik membuat diriku rasa bahagia
Senda gurau membelai jiwa
Aku tak tahu sekarang harusnya bagaimana

Kau buat hatiku terbang
Setiap kali memandang
Kau buat nafasku hilang
Senyummu asyik ku kenang eh

Kau buat hatiku terbang
Setiap kali memandang
Kau buat nafasku hilang
Senyummu asyik ku kenang eh

Kamu sangat nakal
Nakal nakal nakal
Nakal nakal nakal
Nakal nakal nakal
Kamu sangat nakal

Share on facebook
Share on twitter