AFF U19 Championship 2018 Semi Final : Indonesia 1-1 Malaysia*

Encik Bakri oleh Encik Bakri 4 bulan yang lalu

Malaysia bawah 19 tahun turun ke separuh akhir menghadapi Indonesia yang bersemangat bermain dihadapan penonton sendiri. Nyata Garuda Muda sungguh bertenaga bermain di hadapan 26,322 orang penonton di dalam stadium dan bersepah di luar stadium.

Indonesia berjaya membuka gol perlawanan seawal minit kedua perlawanan melalui sepakan penalti je pun. Egy Maulana Vikri menyempurnakan penalti untuk Indonesi mendahului namun gol itu tidak bertahan lama.

Pada minit ke-15, Muhammad Syaiful menyamakan kedudukan melalui satu sundulan tajam bukan penalti. Kemudian tiada lagi tambahan jaringan dalam laga yang penuh menarik ini.

Separuh masa kedua Indonesia bermain seakan tidak mengerti apa itu penat dengan penuh semangat menyerang Malaysia bertubi-tubi. Namun pertahanan Malaysia tenang-tenang saja mematahkan serangan Indonesia yang laju tetapi tidak tenang.

Kecekapan penjaga gol Malaysia juga nyata membuatkan Indonesia kecewa untuk menggandakan kedudukan. Maka tiada gol berjaya dijaringkan oleh Indonesia dan Malaysia yang tenang bertahan.

Perlawanan dibawa ke adu penalti selepas kedudukan terikat seri satu sama selepas 90 minit permainan sebenar. Tiada tambahan masa dipakai dalam kejohanan Kejuaraan AFF bawah 19 tahun ini.

Perlawanan yang penuh dramatik menjadi lebiH dramatik apabila lampu limpah stadium padam. Mujurlah lampu kembali menyala beberapa minit selepas pada dan adu penalti dimulakan.

Selepas lima sepakan Garuda Muda gagal menjaringkan 3 sepakan penalti dan Harimau Remaja menang tanpa perlu membuat sepakan kelima. Pengulas Indonesia berbangga kerana tidak tewas kepada Malaysia dalam waktu normal.

Hanya pengulas Indonesia yang menang malam ini dengan ulasan yang menarik dan sedap.

VIDEO HIGHLIGHT PERLAWANAN MALAYSIA MENENTANG INDONESIA

VIDEO HIGHLIGHT PERLAWANAN MALAYSIA MENENTANG INDONESIA (SEMIFINAL AFFU19)Malaysia berjaya mengejutkan dan menitiskan airmata berpuluh ribu penyokong Indonesia di tempat sendiri selepas berjaya menewaskan pasukan tersebut menerusi penentuan sepakan penalti.Tahniah Malaysia!Malaysia akan bertemu Myanmar di final nanti.Ketika perlawanan peringkat kumpulan,Malaysia berjaya menewaskan pasukan tersebut.Untuk menjadi juara Malaysia hanya perlu mengulangi prestasi cemerlang yang sama.Semoga berjaya!#GosipBolaMalaysia#NHN

Posted by Gosip Bola Malaysia on Thursday, 12 July 2018

FT Indonesia 1-1 Malaysia* (Malaysia menang penalti 3-2)

Egy Maulana Vikri 2'-P
Muhammad Syaiful 15'

Di bawah merupakan rentetan perlawanan Malaysia bawah 19 tahun ke final mengulangi pencapaian tahun lalu dan bakal bertemu Myanmar.

Mampukah Harimau Remaja memadamkan kekalahan tahun lepas dan menewaskan Myanmar yang pernah ditewaskan di peringkat kumpulan?

Nyata Myanmar bukan calang-calang apabila berjaya menumbangkan Thailand.

4. AFF U19 Championship 2018 : Malaysia 1-0 Myanmar

Perlawanan penentuan juara kumpulan B antara Malaysia dan Myanmar di mana Timor Lester juga Malaysia berpeluang untuk layak.

Malaysia memerlukan kemenagan bukan saja untuk menjadi juara kumpulan malah untuk mara ke separuh akhir.

Seri bermakna Malaysia perlu bergantung kepada keputusan perlawanan Timur Leste kerana jaringan memihak kepada Myanmar.

Shivan Pillay Asokan jaringan perlawanan dan juga gol pertama Malaysia pada minit ke-17.

Gol berpunca dari sepakan sudut, bola ditanduk singgah ke kaki Shivan Pillay Asokan yang tenang menolak masuk.

Separuh masa pertama berakhir dengan Malaysia mendahului Myanmar dengan satu gol kosong.

Gol Shivan Pillay Asokan merupakan gol tunggal perlawanan yang membawa Malaysia ke separuh akhir selaku juara kumpulan

Perlawanan separuh akhir akan berlangsung pada 12 Julai 2018 selepas kejohanan berehat sehari.

Lawan Malaysia di separuh akhir selaku juara kumpulan B adalah Indonesia yang merupakan naib juara kumpulan A di belakang Thailand.

Malaysia merupakan finalis pada edisi 2017 yang tewas kepada Thailand pada perlawanan akhir.

FT MALAYSIA 1-0 MYANMAR

Shivan Pillay Asokan 17’

Video perlawanan penuh. Larat tengok la.

https://www.youtube.com/watch?v=of3B87FsG84

3. AFF U19 Championship 2018 : Timor Leste 1-1 Malaysia

Malaysia bawah 19 tahun turun untuk perlawanan ketiga selepas selesa mencatat dua kemenangan ke atas Kemboja dan Brunei.

Kemenangan diperlukan Malaysia yang berada di kumpulan B untuk layak dengan selesa ke separuh akhir.

Timor Leste di depan pada minit ke-13 selepas Mouzinho B. De Lima tenang menewaskan penjaga gol Malaysia.

Gol Timor Leste berpunca dari hantaran biasa-biasa yang gagal disekat pemain Malaysia, lalu mudah terhasil gol pembukaan perlawanan.

Neymar Kedah, Akhyar Rashid kemudian menyamakan kedudukan sebelum tamat separuh masa pertama.

Akhyar tenang menyambar bola di dalam kotak penalti dan meletakkan bola ke gawang.

Perlawanan terakhir kumpulan B akan menemukan Malaysia dan Myanmar. Kemenangan wajib bagi memastikan tempat ke separuh akhir.

MALAYSIA MENENTANG TIMOR LESTE

VIDEO HIGHLIGHT PERLAWANAN MALAYSIA MENENTANG TIMOR LESTE (AFF U 19)Perlawanan AFF U 19 sebentar tadi diantara pasukan Malaysia menentang Timor Leste berkesudahan dengan seri 1-1.#GosipBolaMalaysia#NHN

Posted by Gosip Bola Malaysia on Sunday, 8 July 2018

FT TIMOR LESTE 1-1 MALAYSIA

Mouzinho B. De Lima 13’
Akhyar Rashid 30’

https://www.youtube.com/watch?v=v-m06mNT-Zw

2. AFF U19 Championship 2018 : Malaysia 2-0 Brunei

Pasukan Malaysia bawah 19 tahun turun dengan misi mahu mencari kemenangan dalam perlawanan kedua kumpulan B untuk layak dengan selesa ke pusingan kalah mati.

Pada perlawanan pertama Malaysia mudah menundukkan Kemboja dua gol kosong untuk meraih 3 mata penting. Langkah kanan permulaan Malaysia.

Malaysia bermula cemerlang apabila garang mecari gol awal dan mendahului dua gol selepas 13 minit permainan.

Muhammad Syahmi meletakkan Malaysia di hadapan pada minit ke-6 selepas bijak memperdayakan pertahan Brunei dan meletakkan bola ke gawang.

Tujuh minit berselang, Muhammad Nizarruddin Jazi menggandakan jaringan Malaysia pada minit ke-13.

Pada separuh masa pertama Malaysia menamatkan permainan dengan mendahului Brunei dua gol tanpa balas.

Pada separuh masa kedua Malaysia terus cuba menambah jaringan namun dua gol awal tersebut kekal hingga tamat permainan.

Selepas dua perlawanan Malaysia mengumpul 6 mata dengan 2 kemenangan.

PERLAWANAN MALAYSIA MENENTANG BRUNEI

VIDEO HIGHLIGHT PERLAWANAN MALAYSIA MENENTANG BRUNEI (AFF U19)Malaysia berjaya mengutip 3 mata selepas menundukkan Brunei dengan jaringan 2-0.#GosipBolaMalaysia#NHN

Posted by Gosip Bola Malaysia on Friday, 6 July 2018

FT MALAYSIA 2-0 BRUNEI

Muhammad Syahmi 6’
Muhammad Nizarruddin Jazi 13’

https://www.youtube.com/watch?v=0eQPB-Z6WOo

1. AFF U19 Championship 2018 : Kemboja 0-2 Malaysia

Malaysia memulakan kempen kejohanan AFF U19 Championship 2018 dengan langkah kanan apabila mencatatkan kemenangan pertama.

Malaysia mudah menewaskan pasukan Kemboja dengan dua jaringan tanpa balas.

Separuh pertama berlangsung dengan biasa-biasa sahaja di mana Malaysia menguasai permainan.

Shivan Pillay Asokan menjaringkan gol pembukaan dan meletakkan Malaysia di hadapan pada minit ke-39.

Berpunca dari sepakan percuma yang terkena tiang, Shivan Pillay Asokan menyundul masuk bola yang melantun ke gawang.

Bersambung separuh masa kedua, Neymar Kedah, Akhyar Rashid menggandakan kedudukan.

Neymar Kedah juga menjaringkan gol melalui satu sundulan yang menyaksikan bola meleleh masuk.

Dua jaringan itu kekal hingga tamat perlawanan.

CAMBODIA MENENTANG MALAYSIA (AFF SUZUKI U19)

VIDEO HIGHLIGHT PERLAWANAN CAMBODIA MENENTANG MALAYSIA (AFF SUZUKI U19)Malaysia berjaya mengutip 3 mata hasil jaringan Shivan Pillay Asokan dan Akhyar Rashid.#GosipBolaMalaysia#NHN

Posted by Gosip Bola Malaysia on Wednesday, 4 July 2018

FT CAMBODIA 0-2 MALAYSIA
Shivan Pillay Asokan 39’
Akhyar Rashid 71’

https://www.youtube.com/watch?v=CAma6xk-85k


Paparkan Komen