AFF U-18 Championship 2019 : Malaysia 3-0 Kemboja

Encik Bakri oleh Encik Bakri 1 minggu yang lalu

Di hari raya terkenang daku pada si dia, kampung yang indah nun jauh di sana, Ayah serta bonda. Namun itu semua tiada dalam fikiran pemain Malaysia bawah 18 tahun.

Anak buah bimbingan Brad Maloney, meneruskan aksi dikejohanan AFF bawah 18 tahun apabila menewaskan Kemboja 3-0 ketika kita semua menyambut Hari Raya Aidiladha.

‪Muhammad Mukhairi Ajmal membuka jaringan dengan satu sepakan lencong cantik sebelum meraikan gol tersebut seperti Cristiano Ronaldo.

Muhd Muslihuddin Atiq menggandakan kedudukan dengan satu rembatan jarak dengan apabila mudah memperdaya penjaga gol Kemboja.

Gol ketiga Malaysia hadir sebelum tamat separuh masa pertama apabila sepakan percuma Muhammad Firdaus Ramli melemaskan penjaga gol Kemboja lagi.

FT MALAYSIA 3-0 KEMBOJA‬

‪Muhammad Mukhairi Ajmal 18’
Muhd Muslihuddin Atiq 38’
Muhammad Firdaus Ramli 45’+2‬

https://www.youtube.com/watch?v=n5Xp_-cZUwk

AFF U-18 Championship 2019 : Malaysia 3-1 Singapura

Pasukan Malaysia bawah 18 tahun bangkit dari kekalahan pertama di kaki Vietnam dengan menewaskan Singapura 3-1 di kejohanan AFF U-18 2019 yang berlangsung di Ho Chi Minh City, Vietnam.

Muhammad Firdaus Kaironnisam meletakkan Malaysiua dihadapan seawal minit ke-6 perlawanan sebelum menggandakan kedudukan dengan gol kedua melalui satu sepakan lencong padu pada minit ke-51.

Mario merupakan nama gelaran Muhammad Firdaus adalah anak kepada pemain kebangsaan dan pemain Perlis Muhamad Kaironnisam Sahabudin Hussain.

Malaysia bermain dengan melancarkan serangan bertali arus namun sentuhan penyudah sangat mencemburui, jika tidak pesta gol pasti terjadi.

Terjahan merindui masa(missed time tackle) atau terjahan terlalu awal daripada pertahanan Malaysia nyata menghukum apabila Singapura merapatkan kedudukan.

Namun Luqman Hakim Shamsudin terus mematikan semangat juang Singapura dengan rembatan lencong padu yang gagal ditepis kemas penjaga gol Singapura.

FT MALAYSIA 3-1 SINGAPURA

Muhammad Firdaus Kaironnisam 6’ 51’
Muhammad Zamani Md Zamri 75’
Luqman Hakim Shamsudin 88’

https://www.youtube.com/watch?v=uBF1ndWs6PM

AFF U-18 Championship 2019 : Vietnam 1-0 Malaysia

Malaysia selaku juara bertahan kejohanan AFF Bawah 18 tahun turun untuk perlawanan pertama kumpulan B menentang Vietnam bagi mempertahankan gelaran.

Skuad Malaysia bawah 18 tahun ini dikendalikan oleh Brad Maloney telah diundi untuk berada di kumpulan B yang sangat keras bersama Vietnam, Singapura, Kemboja, Australia dan Thailand.

Vietnam sangat tampak pasukan yang sangat sukar buat Malaysia apabila mengasak bertali arus dan sentuhan penyudah yang liar dalam perlawanan ini namun pemain muda Malaysia tenang menahan asakan.

Berbaki 20 minit permainan barulah Malaysia mendapat rentak dan kembali menyerang untuk mendapatkan gol tetapi tidak ketemui.

Pada minit ke-88, Vietnam mendapat sepakan penjuru yang diambil Vo Minh Trong yang melakukan sepakan lencong yang lemah terus ke gawang mencari tiang dekat(near post).

Umar Hakeem yang menjaga tiang, bocor dengan sepakan yang mengelirukan itu menyaksikan bola terus masuk tanpa rasa melekit.

Skuad kendalian Brad Maloney telah diundi dalam Kumpulan B dan akan bertemu tuan rumah, Vietnam pada 7 Ogos 2019 (Rabu) di Stadium Thong Nhat dalam aksi pembuka tirai sebelum menentang Singapura pada 9 Ogos 2019 (Jumaat) juga di Stadium Thong Nhat, Kemboja pada 11 Ogos 2019 (Ahad) di Stadium Thanh Long, Australia pada 13 Ogos 2019 (Selasa) di Stadium Thanh Long dan Thailand pada 15 Ogos 2019 (Khamis) di Stadium Thanh Long.

FT VIETNAM 1-0 MALAYSIA
Vo Minh Trong 88’

https://www.youtube.com/watch?v=nhD8MLNGT3g


Paparkan Komen