AFF U-15 Championship 2019 Akhir : Thailand 1-2 Malaysia

Encik Bakri oleh Encik Bakri 1 bulan yang lalu

Pasukan Malaysia Bawah 15 tahun muncul juara kejohanan AFF Bawah 15 tahun selepas menundukkan pasukan tuan rumah, Thailand dengan dua jaringan berbalas satu dalam perlawanan akhir yang penuh dramatik.

Anak buah Ketua Jurulatih, P. Maniam sekali lagi mempamerkan aksi kebangkitan selepas ketinggalan kepada Thailand pada minit ke-16 hasil jaringan Theekawin Chansri.

Skuad akar umbi ini menunjukkan semangat tidak mengalah dan berputus asa apabila mengejar ketika perlawanan berbaki lebih kurang 10 minit.

Muhammad Izrin Ibrahim menyamakan kedudukan pada minit ke-69 sebelum Muhammad Nabil Qayyum Zainuddin melengkapkan kemenangan Malaysia 10 minit kemudian.

Tiada apa yang lebih manis dalam perlawanan akhir jika melakukan kebangkitan dan beroleh gol kemenangan di minit akhir dan pemain muda Thailand koyak teruk.

Tahniah! Tahniah! Tahniah!

FT THAILAND 1-2 MALAYSIA

Theekawin Chansri 16’
Muhammad Izrin Ibrahim 69’
Muhammad Nabil Qayyum Zainuddin 79’

AFF U-15 Championship 2019 Separuh Akhir : Malaysia 3-1 Vietnam

Malaysia bawah 15 tahun telah mara ke final kejohanan AFF Bawah 15 tahun selepas menang bergaya 3-1 ke atas Vietnam di separuh akhir.

Anak buah P.Maniam mencipta kebangkitan lagi apabila ketinggalan satu gol pada minit ke-9 hasil Pham Van Phong.

Muhammad Nabil Qayyum kembali menyamakan kedudukan pada minit ke-14 dan meletakkan Malaysia didepan pada minit ke-49.

Muhammad Aliff Izwan melengkapkan kemenangan Malaysia dua minit sebelum tamat perlawanan untuk mara ke final.

Malaysia bakal bertemu Indonesia atau Thailand ke final.

FT MALAYSIA 3-1 VIETNAM

Pham Van Phong 9’
Muhammad Nabil Qayyum 14’ 49’
Muhammad Aliff Izwan 78’

AFF U-15 Championship 2019 : Thailand 1-1 Malaysia

Malaysia bawah 15 tahun turun di perlawanan terakhir kumpulan B di kejohanan AFF Bawah 15 tahun boleh dikatakan sebagai pelengkap jadual perlawanan kerana telah mara ke separuh akhir.

Skuad bimbingan P. Maniam hanya memerlukan seri untuk bergelar juara kumpulan dan tidak kalah dengan lapan gol untuk mengelakkan daripada tidak layak ke separuh akhir.

Pornsawan Sankla meletakkan Thailand di depan di babak pertama pada minit ke-18 namun dengan DNA baru bola sepak yang wujud selama sebelum Malaysia bangkit mengikat.

Tertekan dengan DNA baru itu pemain Thailand, Sittha Boonla menjaringkan gol sendiri pada minit akhir sama seperti perlawanan menentang Laos.

Malaysia muncul juara kumpulan B dan bakal bertemu Vietnam di separuh akhir yang berlangsung pada 7 Ogos 2019.

Selepas 5 perlawanan Malaysia mencatatkan 3 kemenangan dan dua seri dengan menghasilkan 15 gol dan dua bolos.

1. Thailand 1-1 Malaysia
2. Malaysia 1-1 Laos
3. Australia 0-3 Malaysia
4. Malaysia 2-0 Kemboja
5. Malaysia 8-0 Brunei

FT THAILAND 1-1 MALAYSIA

Pornsawan Sankla 18’
Sittha Boonlha (OG) 80’+3

https://www.youtube.com/watch?v=p9Gvbr9sjiw

AFF U-15 Championship 2019 : Malaysia 1-1 Laos

Pasukan Malaysia bawah 15 turun untuk perlawanan keempat DI Kejohanan AFF bawah 15 tahun yang berlangsung di Thailand selepas mencatatkan 100 peratus kemenangan dalam 3 perlawanan awal.

Malaysia berada dalam kumpulan B bersama Brunei, Kemboja, Australia, Laos dan pasukan tuan rumah, Thailand.

Skuad bawah 15 tahun bangkit untuk mengikat Laos 1-1 selepas ketinggalan pada minit ke-33 hasil jaringan Thipphachan Khambai One.

Gol penyamaan hadir pada minit ke-80 selepas rembatan jauh pemain Malaysia berjaya dihadang tetapi dengan ajaibnya bola melantun-lantun masuk lalu gol.

Sebelum ini Malaysia mencatatkan 3 kemenangan awal ke atas Brunei, Kemboja dan Australia masih mengekalkan rekod tanpa kalah.

Kemenangan ke atas Australia mencetuskan kontroversi kerana ada pihak membuat 'claim' bahawa ini hasil DNA bola sepak yang dilancarkan bulan lalu.

Namun mereka membuat U-Turn dengan meminta maaf dan tidak bermaksud untuk 'claim'.

FT MALAYSIA 1-1 LAOS

Thipphachan Khambai One 33'
Vongsakda Chanthaleuxay 80’-OG

AFF U-15 Championship 2019 : Australia 0-3 Malaysia

Pasukan Malaysia mencatatkan kemenangan ketiga berturut-turut di Kejohanan AFF bawah 15 tahun di Thailand.

Kali uni Australia menjadi mangsa apabila ditewaskan Malaysia dengan 4 gol tanpa balas di Stadium Chonburi.

Muhammad Daniel Edzuan Mohd Anuar membuka jaringan seawal minit ke-3 menerusi sepakan penalti.

Muhammad Nabil Qayyum Zainuddin menggandakan kedudukan untuk Malaysia mendahului dua gol untuk separuh masa pertama.

Muhammad Izrin Ibrahim melengkapkan kemenangan Malaysia dengan Jaringan ke-3 pada minit ke-70.

FT AUSTRALIA 0-3 MALAYSIA
Muhammad Daniel Edzuan Mohd Anuar 3‘(Pen)
Muhammad Nabil Qayyum Zainuddin 28‘ Muhammad Izrin Ibrahim 70’

AFF U-15 Championship 2019 : Malaysia 2-0 Kemboja

Selepas berjaya mengutip 3 mata penuh dengan membelasah Brunei 8-0, Malaysia bawah 15 tahun meneruskan rentak kemenangan dengan menewaskan Kemboja dengan jaringan 2-0.

Dua perlawanan dua kemenangan dan tanpa bolos.

AFF U-15 Championship 2019 : Malaysia 8-0 Brunei

Skuad Malaysia memulakan kempen Kejohanan AFF Bawah 15 tahun dengan penuh bergaya lagi meyakinkan apabila membelasah Brunei 8 gol tanpa balas.

Malaysia berada dalam kumpulan B bersama Brunei, Kemboja, Australia, Laos dan pasukan tuan rumah, Thailand.




Paparkan Komen