AFC Cup 2016 Final : Air Force Club Juara


Air Force Club muncul juara AFC Cup 2016 selepas menewaskan Bengaluru 1-0. Air Force Club mencipta sejarah menjadi kelab dari Iraq yang pertama menjuarai AFC Cup dalam perlawanan yang berlangsung Stadium Suhaim bin Hamad, Qatar.

Hammadi Ahmed menjadi pahlawan bagi Air Force Club apabila menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-70. Hammadi Ahmed juga muncul penjaring terbanyak kejohanan dan dianugerahkan sebagai pemain paling bernilai.

Pada edisi sebelum ini, Arbil kelab dari Iraq pernah mara ke final sebanyak dua kali pada tahun 2012 dan 2014 tetaoi gagal dalam kedua-dua final.


Download aplikasi The Sukan di Google Play