65,000 Penyokong Menjerit 'SII' Selepas Ronaldo Menjaringkan Gol Kemenangan

Encik Bakri oleh Encik Bakri 7 bulan yang lalu

Dua gol awal dari Cristiano Ronaldo telah berjaya membantu Juventus mengikat Atletico Madrid secara agregat selepas tewas pada perlawanan pertama.

Fernando Bernadeschi cemerlang dalam perlawanan ini apabila gerakan solo beliau dari tengah padang ke kotak penalti membuahkan hasil.

Angel Correa telah menjatuhkan Fernando Bernadeschi dan penalti tanpa teragak-agak menghadiahkan sepakan penalti ketika permainan berbaki 3 minit.

Ronaldo tampil mengambil sepakan penalti dan mudah menjaringkan gol ketiga dengan merembat deras ke kanan Oblak.

Pemain sensasi dunia itu terus menghantui Atletico Madrid apabila terus melebarkan rekod jaringan ketika menentang Atletico.

Aksi adiwira dari Ronaldo selepas menjaringkan penalti disambut dengan laungan 'SII' secara serentak oleh 65,000 penyokong Juventus.

Bergema satu satu stadium membuat keraian yang menjadi cap dagang Ronaldo itu menjadi sangan epik dan mendirikan bulu-bulu.

Ini bukan kali pertama penyokong menjerit SII selepas Ronaldo menjaringkan gol.

Stadio Olimpico Bergema Laungan 'SII' Ketika Ronaldo Meraikan Gol Kemenangan

Peminat juventus mengegarkan Stadium Olimpico gelanggang bagi pasukan Lazio dengan laungan 'SII' secara berjemaah selepas Cristiano Ronaldo menjaringkan gol.

Lebih manis gol itu merupakan gol kemenangan dan seperti biasa Ronaldo akan meraikan gol itu dengan gaya yang ditiru dari Safiq Rahim dan Amri Yahyah.

Ronaldo akan berlari ke penjuru padang dan melompat sambil membuat putaran di udara lalu mendarat dengan gaya tangan yang mendepa dan kaki terkangkang(tiada kepala di kangkang).

Sebelum mendarat Ronaldo akan menjerit 'SII' dan kini penyokong Juventus sama-sama menjerit. Padu.

Sebelum ini situasi sama berlaku di Arab Saudi.

Laungan SII Di Arab Saudi

Supercoppa Italiana 18/19 atau Italian Super Cup lebih kurang Piala Sumbangsih atau Charity Shield telah berlangsung di luar kebiasaan apabila dilangsungkan dipertengahan musim dan diadakan di Jeddah Arab Saudi.

Biasanya Supercoppa Italiana dilangsungkan sebagai perlawanan pembukaan musim baru namun tidak kali ini.

Cristiano Ronaldo muncul wira dengan jaringan tunggal perlawanan melalui satu sundulan tajam.

AC Milan terpaksa bermain 10 orang ketika perlawanan berbaki 16 minit selepas Frank Kessie dilayangkan kad merah kerana menerjah sambil menapak Emre Can.

Piala pertama dari Ronaldo untuk Juventus dan diri sendiri.

Apa yang menarik apabila satu stadium bergema dengan laungan 'SII' ketika Ronaldo melakukan keraian gol yang menjadi cap dagangnnya.

Serama 61,000 penyokong memenuhi stadium dalam perlawanan yang berlangsung di Jeddah, Arab Saudi.

Satu Stadium Bergema Laungan 'SII' Ketika Ronaldo Meraikan Gol

Paparkan Komen