TSAM Sedia Bantu Kafa Selesaikan Masalah Kewangan Yang Di Tinggalkan Oleh Presiden Terdahulu

Encik Bakri 7 bulan yang lalu

Tan Sri Annuar Musa yang merupakan bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan Kafa bersedia membantu untuk menyelesaikan masalah kewangan yang dihadapi selepas presiden terdahulu meletakkan jawatan pada bulan November.

Keikhlasan TSAM bersedia membantu amatlah terpuji kerana sedia membantu walaupun bukan atas kapasiti sebagai presiden Kafa. Presiden terdahulu Kafa telah meletakkan jawatan telah meninggalkan Kafa dalam kewangan yang teruk dengan hutang lama dan kesukaran mencari penaja.

Keputusan ini dibuat TSAM selepas ketuanya yang juga Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu beliau membantu persatuan itu, yang kini menghadapi masalah kewangan agar tidak menghampakan harapan peminat Kelantan.

“Dia (Perdana Menteri) kata, anda tolonglah, saya jawab InsyaALLAH tuan, benar-benar menghargai keprihatinan dan nasihat tuan, itu saja, tak timbul soal saya kekal (sebagai Presiden Kafa),” katanya dalam catatan di laman Facebooknya hari ini.

Setakat ini dua syarikat di katakan berminat menaja TRW iaitu syarikat telekomunikasi Red One Network Sdn Bhd dan OAR Teguh Sdn Bhd yang terkenal dengan produk Hmabir Emas.

Tahniah dan terima kasih TSAM kerana sudi membantu menyelesaikan masalah yang ditinggalkan presiden Kafa yang terdahulu.