The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

TSAM Harap Pihak Yang Ingin Menaja Tidak Membuat Kenyataan Di Media

Encik Bakri pada January 1, 2016

KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa meminta mana-mana pihak yang mahu menaja pasukan The Red Warriors (TRW) supaya mematuhi prosedur dan membuat rundingan secara rasmi dengan pengurusan pasukan.

Annuar yang kini berada di Makkah untuk mengerjakan umrah berkata, perkara berkenaan perlu dihormati dan tidak membincangkannya dalam media sebelum ada rundingan sebenar.

“Saya harap mana mana penaja yang nak taja TRW tidak membincangkannya dalam media sebelum ada rundingan sebenar.

“Ini untuk mengelak silap faham dan mengganggu rundingan dengan penaja lain,” katanya menerusi laman sosial Facebook miliknya, hari ini.

Screenshot_2016-01-01-20-51-18_1451652810365

Hari ini, Ketua Pegawai Eksekutif Vida Beauty Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau Vida menetapkan dua syarat kepada KAFA sebelum bersedia menaja badan induk itu untuk menghadapi saingan Liga M musim ini.

Dua syarat itu ialah warna Stadium Sultan Muhammad IV ditukar kepada merah jambu dan nama baharu skuad Kelantan seharusnya didahului dengan Pamoga Qu Puteh The Red Warriors.

Screenshot_2016-01-01-21-13-47_1451654081865

Dr Hasmiza yang lebih dikenali sebagai Qu Puteh berkata syarat yang dituntut itu bukan saja dapat mengubah wajah pasukan Kelantan, malah yang lebih penting pasukan itu memperoleh suntikan dana untuk mengubah semula kredibilitinya.


Download aplikasi The Sukan di Google Play