TSAM : Berapa Bilion Hutang Team EPL? Adakah Mereka Ditolak Mata?

Encik Bakri 3 bulan yang lalu

Bekas calon Presiden FAM yang menarik diri disaat akhir pemilihan dan juga penyelamat bola sepak kelantan, Tan Sri Anuar Musa (TSAM) menyuarakan keluh resah luahan hati setelah Kelantan dipotong 6 mata kerana gagal melengkapkan proses pendaftaran.

TSAM telah menganggap FAM dan FMLLP sudah mula menjadi organisasi utk orang kaya.

“FAM DAN FMLLP sudah mula menjadi organisasi utk orang kaya.Negeri miskin dan team miskin boleh bersiap utk tutup kedai dan keluar dari Liga Msia.Mereka yg hanya bising tanpa menberikan apa apa bantuan bolehlah turut bergembira.”

Kelantan FA dan T-Team FC (pasukan Liga Super) serta ATM FA dan Perlis FA (pasukan Liga Premier) masing-masing dipotong 6 mata selepas beberapa kali diberi peluang untuk melengkapkan pendaftaran yang merangkumi :-

1. Surat Selesai Bayaran/Tunggakan Gaji
2. Surat Selesai Bayaran/Tunggakan KWSP
3. Surat Selesai Bayaran/Tunggakan Perkeso
4. Surat Selesai Bayaran/Tunggakan LHDN

Hutang KAFA Sejak Tahun 80-an Lagi

Menurut TSAM lagi KAFA telah menanggung hutang sewaktu beliau mengambil alih kafa 10 tahun dulu,

KAFA menanggung hutang berjuta juta ringgit dan terdapat beberapa kes dgn FIFA hatta kes di mahkamah berpunca tuntutan hutang sejak tahun 80an, tapi FAM zaman itu memberi peluang kpd pasukan mengurus hutang mengikut keupayaan masing masing.

Justeru beliau bangunkan bola kelantan. Banyak hutang lapuk kita selesaikan sementara team terus maju hingga menjadi gergasi bola msia…

Ada hutang? hutang sentiasa ada.

Bola Malaysia Mahal Dan di Mahalkan

Melaui penulisan kecik-besar-kecik-besar di laman muka buku peribadi, TSAM meneruskan luahan bahawa bola Malaysia Mahal.

“Kemudian apabila BOLA MSIA MENJADI MAHAL DAN DI MAHALKAN,kita berdepan situasi baru. Pemain di curi dan di pancing team kaya, pemain tuntut gaji tinggi dll..Kita cuba membuat adjustment utk terus bersaing.”

“Tahun lalu dgn tidak di sangka beberapa penaja TIDAK MEMBAYAR SPT DLM KONTRAK. Kelab mengalami defisit jutaan ringgit. Gaji pemain mula bermasaalah. Lazimnya hal spt ini memakan masa utk di susun semula…”

“APAKAH KITA PERLU SETTLE HUTANG DAN TIDAK MENERUSKAN PENYERTAAN?”

Berapa Bilion Hutang Team EPL? Adakah Mereka Ditolak Mata?

Agak bombastik contoh yang diberikan TSAM apabila menyarankan semua untuk membaca lapuran kewangan pasukan EPL dan melihat hutang ditanggung mereka. Terkeluar hingus membacanya.

“Team dan pasukan semasa perlu di dahulukan. Hutang perlu di uruskan bila mampu….spt juga dlm perniagaan..”

“Kalau diikutkan kerana hutang FAM YG PERLU DI TUTUP DULU..FMLLP JUGA BEGITU…PENAJA MP SILVA JUGA begitu..mereka berhutang!!!…”

“Sila baca lapuran kewangan team EPL..berapa billion hutang mereka tanggung? ADA MEREKA TOLAK MATA DI TGH MUSIM?”

Hutang kafa ada yg berusia 25 tahun!!!

Sebelum mengakhiri hujah, TSAM secara ringkasnya berpendapat bola menjadi semakin caca merba dan bukan saja tak maju malah mula mati terus!!! sambil mengungkit janji lama.

“Dulu kedengaran janji bahawa pasukan akan di beri RM2-3j…belum pun itu di tunaikan,pasukan di cekik di tengah musim….”

“APAKAH INI PEMBAHARUAN YG INGIN DI BAWA????”

Kelakar bukan?

Kesimpulan

Bayar jela gaji pemain tu. Kena potong mata bukan sebab hutang lama. Kah Kah Kah!