TSAM : Azraai Khor Dibayar Gaji Tanpa Tunggakan

Encik Bakri oleh Encik Bakri 5 bulan yang lalu

Susulan kenyataan bekas jurulatih Kelantan, Azraai Khor yang menganggap pemotongan mata adalah langkah terbaik bagi membuka mata semua pihak dan Azraai juga mendedahkan Kelantan masih belum menyelesaikan tunggakan gaji beliau pada 2015, TSAM tampil membuat kenyataan balas.

Azraai Khor Dibayar Gaji Tanpa Tunggakan

TSAM menjelaskan Azraai dibayar gaji tanpa tunggakan dan membuat cerita tangan ghaib selepas gagal membimbing pasukan Kelantan.

"Ini contoh "SI PEMIUTANG" yg di kategorikan kpd HUTANG DLM PERTIKAIAN....AZRAI KHOR DI BAYAR GAJI TANPA TUNGGAKAN.Dia meninggalkan pasukan atas pilihan sendiri dgn memberi short notice..beliau di beri sedikit pampasan.."

"BELIAU YG BUAT CERITA "TANGAN GHAIB"setelah beliau gagal mencipta kejayaan yg di janjikan.Kita lepaskan beliau dgn baik.SMS beliau saya masih simpan..
TAPI SEKARANG BELIAU KOMEN SEOLAH KITA BERHUTANG DGN BELIAU!!!"

Jenis Hutang

TSAM dalam pada itu telah menjelas jenis hutang seperti hutang lapuk, hutang di runding, hutang yg di susun semula, hutang berdasarkan kontrak dan banyak lagi.

"ini contoh jenis hutang. Byk lagi...ada mutual settlement..ada bawah perentah mahkamah dan mcm mcm.JGN PAKAI LONGGOK SAJA MASAALAH HUTANG SEMATA MATA KERANA ADUAN...Hutang berdasar pada kontrak..

"KONTREK INI HAL UNDANG UNDANG..dia sudah ada jalur dan prosesnya..TIDAK BOLEH ADA DOUBLE JEORPARDY atau penghukuman bertindih atas satu kesalahan...FMLLP TAK UJUD DLM KONTRAK ANTARA DUA PIHAK...."

"Ada hutang lapuk..ada hutang di runding'.ada hutang yg di susun semula dan byk lagi"

FMLLP Bukan Lembaga Disiplin

"FMLLP bukan lembaga disiplin...dia badan penganjur..dia patutnya buat KONGRESS FMLLP tp tak buat..DASAR BUATAN SENDIRI NI DARI MANA??...NAK sekat team sekat masa pendaftaran..reject masa pendaftaran.."

"Bila buat biar jelas ISU HUTANG MANA SATU...tolong tunjuk show cause Yg jelas jgn pukul borong..HUTANG 1985?...hutang mcm claim azrai Khor??atau mc kain atau Popov?...TIAP SATU ADA KES TERSENDIRI!!!"

"Nah sekarang tolong potong mata SGOR DAN MELAKA....dan sedikit masa lagi ADA LAGI TUNTUTAN HUTANG TEAM LAIN..kalau mereka tak di potong 6 mata ....BUBAR SAJALAH FMLLP...NO FMLLP NO PROBLEM!!!!"

"Sorry AZRAAI...enough of yr nonsense!"

Sumber Asal




Paparkan Komen