The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Gambar: F1 Fanatic

Tony Fernandes Bakal Presiden FAM?

Encik Bakri pada September 9, 2016

Tony Fernandes bakal Presiden FAM? Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes, sedia mempertimbangkan jawatan presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) jika badan induk itu serius mahukan khidmatnya.

“Anda mahu saya jadi presiden FAM? Pergi tanya KJ (Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin). Jika mereka (FAM) mahu, saya akan memikirkannya,” kata Tony

“Semalam, kami (AirAsia FC) menang 1-0 ke atas Kementerian Kewangan.

“Perlawanan timbal balik akan berlangsung pada 18 September. Jadi, sasaran utama saya ketika ini adalah AirAsia dapat layak ke divisyen dua.

“Jika anda tanya saya mengenai jawatan sebagai presiden FAM, saya akan mempertimbangkannya,” kata beliau sambil berseloroh mengenai pencapaian pasukannya dalam Piala FAM.

Kesediaan Tony menyertai FAM wajar dipandang serius menjelang kongres pemilihan badan induk itu, tahun depan.  Malah, pemilik Johor Darul Ta’zim, Tunkku Ismail Sultan Ibrahim, juga pernah mencadangkan beliau sebagai calon terbaik berdasarkan kejayaannya membina empayar AirAsia.

Untuk rekod Tony Fernandes merupakan pemilik kelab Queens Park Rangers yang berasksi di Liga Kejuaraan Inggeris sekarang dan beliau juga pernah memiliki pasukan Formula Satu, Lotus Racing.

Jadi bidang sukan bukanlah asing bagi Tony Fernandes. Bayangkan FAM diterajui dengan gaya korporat dan profesional serta semua pasukan diswastakan.

Sumber : Stadium Astro