The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Tokolo Rantie Disingkir Dari Skuad Afrika Selatan Selepas Kentut Di Hadapan Pengurus Pasukan

Encik Bakri pada October 23, 2016

Pelik tapi benar, itulah hakikatnya untuk Tokolo Rantie bekas pemain AFC Bournemouth yang disingkir dari skuad kebangsaan Afrika Selatan selepas dikatakan kentut di hadapan pengurus pasukan Ephraim Mashaba.

Menurut laporan Sowetan Live, pemain tersebut sememangnya telah mensasarkan kentut tersebut kepada pengurus pasukan. Satu tindakan kentut yang terancang. Menurut laporan tersebut :

“Tokolo Rantie telah melurutkan seluarnya kebawah dan mensasarkan kentutnya itu ke arah pengurus pasukan Afrika Selatan Ephraim Mashaba beberapa hari lepas. Tindakan ini merupakan satu perbuatan pelik yang pernah terjadi di dalam pasukan Afrika Selatan.”

“Gelombang yang terhasil dari kentut tersebut sangat menyesakkan nafas dan boleh menyebabkan lemas lantaran bau kentut tersebut yang busuk amat menyelubungi pasukan seolah-olah awan hitam yang pekat.”

Mesti pekat bau yang keluar dari lubung anus Tokolo Rantie. Pergh!