The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

TMJ Tidak Iktiraf Anugerah Bola Sepak Kebangsaan

Encik Bakri pada December 19, 2015

TMJ tidak Iktiraf Anugerah Bola Sepak Kebangsaan yang berlangsung malam tadi walaupun anugerah tersebut di dominasi oleh pemain Harimau Selatan. Malah TMJ juga mempertikai kenapa Zainal dicalonkan? dan mengapa penyokong terbaik dimenangi Pahang?

keputusan-anugerah-bola-sepak-kebangsaan-2015
Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2015

Menurut CEO FMLLP, En. Kevin menjelaskan mekanisme pencalonan Anugerah Bolasepak Kebangsaaan 2015 tahun ini berdasarkan merit mata pemilihan oleh 72 pihak terdiri dari jurulatih, ketua pasukan dan penulis sukan.

Pemain yang tercalon perlu melepasi syarat minima beraksi 11 perlawanan dalam saingan tahun ini. Ikuti temuramah wartawan yang di petik dari media sosial rasmi JDT iaitu JOHOR Southern Tigers

Wartawan: Tahniah Tunku, kerana JDT telah mendominasi anugerah bolasepak kebangsaan 2015. Adakah Tunku berasa bangga dengan kejayaan pemain JDT?

TMJ: Sudah tentu, dan saya ingin mengucapkan tahniah kepada para pemenang, tetapi saya tidak mengambil serius anugerah ini, kerana ianya dilihat dipengaruhi politik. Sepatutnya pengiktirafan diberikan kepada yang layak, bukan untuk menjaga hati pihak-pihak tertentu.

Wartawan: Jadi adakah Tunku mengiktiraf anugerah ini?

TMJ: Tidak. Semasa saya dimaklumkan pihak FAM berkenaan pencalonan, saya tertawa sendiri. Bagi saya, sekiranya hendak mencalonkan anugerah jurulatih terbaik, pilihlah yang mempunyai pencapaian seperti Mario Gomez, Mehmet dan Tan Chen Hoo, yang telah membuktikan kemampuan dengan pencapaian masing-masing.

Mengapa calonkan Zainal yang tiada sebarang pencapaian untuk tahun ini? Manakala untuk anugerah penyokong terbaik pula, mengapa Pahang yang menerimanya, sedangkan stadium mereka tidak sentiasa penuh seperti di Larkin? Bagi saya, yang layak menerima anugerah tersebut adalah penyokong Kedah, kerana stadium mereka sentiasa penuh dari awal hingga ke akhir tahun.

Berkenaan hal ini pun, saya telah memberikan nasihat kepada FAM, tetapi apakan daya, nasihat saya bukan boleh mengisi kocek sesiapa pun.

Wartawan: Menjunjung kasih, Tunku, kerana meluangkan masa untuk sesi temu bual ini. Ada sebarang pesanan yang ingin Tunku sampaikan?

TMJ: Selamat bercuti hujung minggu.

—- English Version —-

Journalist: Congratulations Tunku, as JDT has dominated the 2015 national football awards. Are you proud of JDT’s achievements?

TMJ: Surely, and I would like to congratulate the winners, even though I don’t take these awards seriously, as it seems like it is influenced by politics. Awards should be bestowed to the deserving, not to give face to certain parties.

Journalist: So, do you acknowledge the awards?

TMJ: No. Even when I was informed of the nominations by FAM, I chuckled to myself. For me, if you want to nominate people for the best coach award, let it be people like Mario Gomez, Mehmet or Tan Chen Hoo, who have proven themselves with their personal accomplishments. Why nominate Zainal who has nothing to show for this year? For the best fans award, why did Pahang receive it, even though their stadium is not packed on every game unlike in Larkin? To me, Kedah are deserving of the award, as there is a capacity crowd at their stadium from the start until the end of the year. On these matters I have already advised FAM, but alas, my advice does not fill anybody’s pockets.

Journalist: Thank you for your time, Tunku. Anything message to the fans?

TMJ: Have a good weekend, everybody.