The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

TMJ Sedia Bantu Cari Jurulatih Kebangsaan & Belia

Syafiq Freman pada October 22, 2016

Tunku Mahkota Johor (TMJ) sedia membantu mendapatkan jurulatih baru skuad Kebangsaan dan Belia Malaysia. Menurutnya lagi beliau akan menggunakan kepakaran dari Sepanyol bagi menggantikan pengurusan pasukan sedia ada.

Walaupun masih belum membuat kata putus samada beliau akan bertanding jawatan Presiden FAM, namun keyakinan beliau terhadap peralihan pengurusan baru amat tinggi.

Gambar oleh Johor Southern Tigers

Seperti yang dipaparkan di laman Facebook Johor Southern Tigers:

“Saya di sini bukan sahaja datang kerana dijemput untuk memberi ucapan dalam persidangan ‘World Football Summit’, juga bukan sekadar untuk berjumpa dengan rakan-rakan saya di kelab Barcelona, Valencia dan juga di Madrid. Tetapi untuk mencari jurulatih baru pasukan kebangsaan dari peringkat belia dan pasukan utama negara dimana jurulatih baru ini akan terapkan polisi, disiplin dan falsafah buat pasukan kebangsaan.”

“Saya sudah lama ingin membantu skuad kebangsaan tetapi saya tidak boleh lakukan apa-apa sebelum ini oleh kerana pengurusan FAM yang sedia ada sekarang ini. Apabila pengurusan baru mengambil alih FAM tahun hadapan, 3 objektif utama yang akan terus dilaksanakan iaitu yang pertama perlantikan jurulatih baru daripada Sepanyol, keduanya adalah duit hak penyiaran untuk semua pasukan dan yang ketiga memperbaiki FMLLP,”.