The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

TMJ : Saya Dilabel Sebagai Pembunuh Bolasepak Malaysia

Encik Bakri pada November 19, 2016

DYAM Tunku Mahkota Johor melalui laman Facebook JOHOR Southern Tigers telah membuat kenyataan bahawa beliau telah dilabelkan sebagai pembunuh bola sepak Malaysia dan kebanyakkan pesaing beliau dilabel sebagai wira.

“Emosi yang bercampur baur, tuduhan liar, perbezaan pendapat dan banyak lagi. Saya telah dilabelkan sebagai pembunuh bola sepak Malaysia, dan kebanyakan pesaing saya dilabel sebagai wira.

Semasa di Sepanyol TMJ telah bercakap dengan beberapa pegawai FIFA dan mereka bertanya tentang senario bolasepak Malaysia serta perbezaan projek JDT dan pasukan lain. TMJ menjawab.

“JDT mempunyai banyak kerjasama dengan kelab-kelab Asia dan Eropah. Kami menubuhkan program pembangunan yang teratur dan kami juga menghantar ramai pemain muda dan jurulatih kami ke luar negara untuk latihan atau secara pinjaman.

“Tidak kira sama ada mereka datang dari kelab saya atau pemain yang dibeli dari kelab-kelab lain, saya masih akan menghantar mereka ke luar negara dan memberikan mereka pendedahan yang terbaik supaya mereka boleh belajar seberapa banyak yang mereka boleh.

“Supaya pada suatu hari nanti mereka akan menggunakan pengalaman mereka untuk berkhidmat kepada tanah air dan menjadi kebanggaan negara.

Mendengar jawapan TMJ, Pegawai FIFA tersebut iaitu Encik Jorge dan Rafael terus mengatakan bahawa sudah pasti TMJ dianggap sebagai wira negara, tetapi jawapan TMJ nyata membuatkan mereka terkejut lalu terkentut.

“Tidak, mereka melabelkan saya sebagai pembunuh”

Selepas memberi jawapan tersebut TMJ hanya terus tersenyum.


Download aplikasi The Sukan di Google Play