The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

TMJ Pilihan Utama Sebagai Presiden FAM

Encik Bakri pada September 24, 2016

Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menjadi pilihan untuk menjadi peneraju baharu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), mengikut undian yang dilakukan oleh Berita Harian (BH) Online, semalam.

Selain TMJ, dua lagi nama yang turut disenaraikan dalam undian itu adalah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes dan Ketua Pegawai Eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU), Datuk Seri Idris Jala.

Mengikut undian yang dibuka selama lebih 24 jam itu, Tunku Ismail menerima sebanyak 53 peratus atau 978 undi daripada keseluruhan 1846 undian yang dibuat oleh pengguna laman sosial Twitter.

Baca – TMJ : Ada Pasukan Memohon RM40 Juta Dari Najib Razak

Fernandes pula mendapat sebanyak 720 undi atau 39 peratus manakala Jala memperoleh 148 undi atau lapan peratus daripada jumlah keseluruhan undian diterima oleh BH Online.

Keputusan undian ini tidak mengejutkan kerana peminat bola sepak cenderung untuk melihat Tunku Ismail memimpin FAM susulan kejayaannya merevolusikan kelab Harimau Selatan itu sehingga meraih pelbagai kejayaan dalam masa yang singkat.

Jawatan Presiden FAM bakal dipertandingkan pada pemilihan badan induk bola sepak negara itu tahun depan, selepas penyandangnya, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah melepaskan jawatan berkenaan.

Fernandes pula turut menjadi perhatian berikutan pembabitan dalam pasukan bola sepak Inggeris, Queen Park Rangers (QPR) selaku pengerusi kelab berkenaan.

Kelmarin, bekas pemain kebangsaan, Khalid Ali melahirkan keyakinan TMJ dan Fernandes adalah dua tokoh yang sesuai untuk mengambil alih kepimpinan FAM berdasarkan pengalaman, minat dan sumber kewangan dimiliki mereka.

Selanjutnya di : Berita Harian


Download aplikasi The Sukan di Google Play