The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

TMJ : PBNJ Tidak Akan Mengambil Perolehan Hak Penyiaran

Encik Bakri pada October 21, 2015

Penaung Diraja Persatuan Bola Sepak Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim memutuskan persatuan itu tidak akan mengambil perolehan hak penyiaran daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Sebaliknya Tunku Ismail menerusi laman Facebook JOHOR Southern Tigers berkata, hak penyiaran mereka akan disalurkan kepada pasukan yang baru naik ke Liga Super dan pasukan yang menghadapi masalah kewangan termasuk di Liga Perdana.

Langkah itu diambil bagi memastikan semua pasukan mempunyai struktur kewangan yang lebih stabil sebagai salah satu usaha menjadikan saingan Liga Malaysia bertambah menarik dan berkualiti.

Tunku Ismail sebelum ini lantang memperjuangkan hak penyiaran yang lebih adil kepada persatuan negeri dan kelab dan dalam pada masa yang sama mempersoalkan tindakan FAM yang mengautkan keuntungan hak penyiaran yang lebih banyak.

Kedah yang muncul juara Liga Perdana 2015, diiringi Pulau Pinang selaku pasukan di tangga kedua akan bersaing dalam Liga Super musim depan.