The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

TMJ Mahu Media Malaysia Cadangkan Khalid Ali Jadi Presiden FAM

Encik Bakri pada November 17, 2016

DYAM Tunku Mahkota Johor dalam sesi dialog bersama media dan penyokong pada 16hb November 2016 telah mempersoalkan kenapa media Malaysia suka merujuk kepada Khalid Ali dan tidak kepada orang profesional.

Kejayaan dikecapi JDT kini adalah hasil usaha beliau dalam mempelajarai selok belok bolasepak dari pakar seluruh dunia, jelas TMJ.

“Saya belajar dari orang dalam bolasepak seperti Peter Canyon, Peter Lim, George Mendes the succesful multibillionaire agent, Jaon Laporta, Martin Pres, Mario Gomez dan ramai lagi orang diluar sana. Saya belajar dari Miguel pemilik Atletico Madrid, saya belajar benda ni dah lama dari 2013 lagi.

Dalam dialog itu juga, TMJ  membidas media dan Khalid Ali kerana selalu merujuk sesuatu isu kepada lagenda bolasepak Malaysia itu dan menyarankan agar media melantik Khalid Ali sebagai Presiden FAM

“Tetapi media di Malaysia lebih suka belajar dari Khalid Ali, tak habis-habis awak tanya Pak Hitam itu apa terjadi dengan bolasepak tanah air dan dia ada isu dan dia boleh jawab pasal semua benda.

“Kalau Khalid Ali pandai kenapa WFS tidak pernah ajak dia bercakap, tetapi media kita terhegeh lagi nak tanya soalan kepada orang ni dan suruh la dia jadi presiden FAM kalau dia pandai sangat.

“Awak media sentiasa menggambarkan beliau seperti genius bolasepak tanah air. Pasal TSAM dia komen, TMJ dia komen, player bersara dia komen, Syafiq Rahim dia komen, bolasepak Selangor dia komen, filem Ola Bola dia komen.

“Selagi apa dia je komen. Tiada orang lain ke? Tapi siapa media yang jumpa dia? ke media ni anak sedara dia?”

Selain itu TMJ juga menasihati agar pemain lagenda itu mengadapatasi dengan dunia bolasepak moden hari ini.

“Kadang kala kita patut tahu dunia ini berubah, dunia moden dengan dunia dulu tak sama macam sekarang. Kita kena berubah dengan masa, itulah orang panggil adaptasi. Tetapi awak ada sorang kononnya lagenda bolasepak yang belum boleh adaptasi dengan dunia moden.

TMJ juga mencadangkan mereka yang suka mengkritik dan juga penyokong supaya duduk bersama beliau untuk berbincang.

Tonton : Video Penuh Dialog. (Pasal Khalid Ali rujuk minit 22, 30 dan 51)


Download aplikasi The Sukan di Google Play