The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

TMJ : Kami Akan Sentiasa Dianggap Sebagai Jahat

Encik Bakri pada August 9, 2016

Kekecohan yang berlaku semasa perlawanan Perak menentang JDT Sabtu lalu terus menjai buah mulut samada di laman sosial atau halaman rumah. Tuduh-menuduh terus berlaku siapa yang mulakan dahulu. Telur atau ayam? Ekoran itu TMJ tampil untuk memberi penjelasan mengenai insiden tersebut di laman muka buku rasmi JDT Johor Southern Tigers.

SESEORANG YANG BERWAWASAN MEMANDANG SESUATU PERKARA DENGAN CARA BERBEZA

Wartawan : Assalamualaikum Tunku. Tahniah atas kemenangan dengan Perak FA tempohari.

TMJ : Waalaikumsalam, terima kasih.

Wartawan : Izinkan saya menanyakan satu soalan kepada Tunku berkenaan dengan situasi kekecohan di Ipoh tempohari?

TMJ : Saya hairan mengapa semua orang menjadikan isu ini sebagai isu yang begitu besar. Tidak kira berapa banyak perkara yang baik yang kami lakukan, kami akan sentiasa dianggap sebagai jahat. Tidak kira betapa betul sekalipun kami, di mata mereka kita akan sentiasa salah. Ia sentiasa merupakan kesalahan kita. Kami telah menjadi mangsa sejak dari Stadium Lumut sehingga ke hari ini. Setiap kali kami pergi ke Perak, kami akan sentiasa menghadapi masalah.

Kami juga bukanlah satu-satunya pasukan yang menghadapi masalah itu kerana pasukan seperti Selangor, Sarawak dan Kuala Lumpur juga menghadapi nasib yang sama. Jadi, saya tidak terkejut dengan masalah ini lagi. Kini Bangsa Johor terkejut apabila cerita sebenar telah diolah malah ditambah-tambah lagi untuk menyedapkan cerita dan menyebelahi satu pihak, dengan media dan laman media sosial menyebelahi pihak mereka.

Saya tidak faham mengapa anda begitu terkejut kerana kes tersebut sudah kerap berlaku. Sebelum ini Saya sentiasa mengambil berat perkara sebegini kerana saya mahu menjaga nama baik negeri saya tetapi sekarang saya tidak perlu memperjelaskannya atau peduli lagi. Ini adalah kerana apabila seseorang tidak menyukai anda, tidak kira berapa banyak perkara baik yang anda lakukan, anda tetap dianggap jahat. Oleh itu, tidak perlu dijelaskan lagi. Biasakan diri dengannya.

Wartawan : Apa komen Tunku mengenai saranan pihak tertentu yang mahukan potongan mata pasukan dilaksanakan bagi penyokong yang melakukan kekecohan pada perlawanan?

TMJ : Saya telah menyuarakan pendapat saya ini sejak 2 tahun yang lalu kepada FAM untuk mendenda dan memotong mata bagi mana-mana penyokong pasukan yang membuat kekecohan dalam sesuatu perlawanan. Saya tidak tahu mengapa baru sekarang ada pihak tertentu yang ingin mencadangkan tentang pemotongan mata ini sedangkan perjalanan liga bolasepak kita sudahpun berjalan separuh musim. Sepatutnya ianya diselaraskan dari awal musim lagi. Tetapi sekiranya pihak FAM ingin melaksanakannya juga, kita terima dan kita akur sekiranya pihak kami ada melakukan kesalahan tersebut.

Wartawan : Apa tindakan Tunku bagi isu kekecohan ini?

TMJ : Saya mempunyai satu unit pasukan khas dari kontinjen polis Johor yang sentiasa mengiringi pasukan JDT ketika perlawanan di laman sendiri mahupun di tempat lawan. Saya telah menerima laporan dari mereka dan telah menelitinya, ternyata ia yang amat berbeza dengan laporan yang dikeluarkan oleh pihak media cetak dan media sosial ketika ini. Cerita sebenar telah ditambah-tambah lagi untuk mensensasikannya dan meletakkan punca kekecohan itu semata-mata dari pihak JDT. Saya sarankan untuk mendengar laporan dari kedua-dua pihak terlebih dahulu dan tidak menuding jari sesuka hati kepada satu pihak sahaja.

Wartawan : Terima kasih Tunku.


Download aplikasi The Sukan di Google Play