The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

TMJ Diiktiraf Sebagai Ahli Kehormat Persidangan Bola Sepak Dunia (WFS)

Encik Bakri pada November 10, 2016

DYAM Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim terus mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia, TMJ diberi penghormatan tertinggi apabila diiktiraf sebagai ahli kehormat Persidangan Bola Sepak Dunia (WFS).

Sebelum ini TMJ diberi peluang untuk berucap di Persidangan Bola Sepak Dunia 2016, lebih manis TMJ merupakan satu-satunya wakil dari Asia Tenggara yang berucap pada persidangan tersebut.

Melalui laman rasmi Johor Souther Tigers, telah mengumumkan berita yang membanggakan ini dan kemungkinan persidangan tersebut bakal diadakan di Johor pada masa akan datang.

“Selepas mendapat jemputan untuk menghadiri dan berucap di persidangan World Football Summit di Sepanyol tempohari, DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor telah menerima pengiktirafan tertinggi selaku Ahli Kehormat World Football Summit.

“Persidangan antarabangsa World Football Summit (WFS) yang dihadiri oleh jurucakap-jurucakap dari beberapa kelab besar seluruh dunia ini juga bakal diadakan di Johor pada masa akan datang selepas ahli panel tertinggi WFS mencadangkannya kepada DYAM Tunku Mahkota Johor.

“Ia sekaligus memberi pengiktirafan kepada JDT di mata dunia apabila persidangan yang pastinya dihadiri oleh tokoh-tokoh terkemuka dan berpengaruh dalam sukan bola sepak diadakan disini bagi membincangkan kemajuan bola sepak sesama mereka. Luaskan Kuasamu Johor.”

LUASKAN KUASAMU JOHOR!

Speaker Persidangan Bola Sepak Dunia (WFS)

Korang tengok sendiri la siapa speaker WFS ni

speaker-wfs


Download aplikasi The Sukan di Google Play