The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

TMJ Dedahkan Kandungan Pendrive Dan Liga Bola Sepak Rakyat Pertandingan Paling “Corrupt”

Encik Bakri pada September 4, 2016

Pada 3 September 2016 Sesi Dialog Bersama DYAM Tunku Mahkota Johor telah diadakan di Bilik Sidang Media Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunus. Antara Intipati sesi dialog ini kisah Pendrive, kisah kejayaan JDT dan hala tuju JDT, isu rasuah, isu kebangsaan dan anda boleh membaca Intipati penuh penuh dialog tersebut di bawah yang di petik dari Laman Rasmi JDT, Johor Southern Tigers.

INTIPATI SESI DIALOG BERSAMA DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR

1. Sukan bola sepak ini adalah misteri. Apa sahaja boleh terjadi dalam sukan bola sepak. Kita boleh kalah dan kita juga boleh menang. Walaubagaimanapun kita tetap akan sentiasa mendoakan agar kemenangan menjadi milik kita.
——
2. Saya mahu kita mencipta dua sejarah pada tahun ini iaitu bukan sahaja selaku kelab pertama dalam negara memenangi kejuaraan liga buat kali ketiga beturut-turut tetapi juga menjadi pasukan pertama memenangi kejuaraan liga tanpa tewas (unbeatable) sepanjang musim.
——
3. Sejak JDT ditubuhkan pada tahun 2013, kita mempunyai satu polisi iaitu kita bukan sahaja mencipta sejarah di dalam padang tetapi juga di luar padang. Pencapaian luar padang dari segi pembangunan, akar umbi, infrastruktur moden dan berinovasi harus selari dengan apa yang dicapai di dalam padang.
——
4. Dulu ramai yang bertanya kepada saya apa makna tiga bintang di atas logo JDT. Sekarang ini saya rasa ramai sudah tahu apa jawapannya. Apa sahaja kejayaan sekarang ini harus diteruskan untuk masa yang akan datang. Kita perlu kekal konsisten sepanjang masa.
——
5. Di dalam bola sepak, kejayaan bukanlah satu perkara yang mudah untuk dicapai. Oleh sebab itu, kita perlu hargai segala pencapaian kelab dan cuba berusaha bekerja keras untuk masa akan datang.
——
6. JDT adalah satu pasukan yang unik. Hubungan antara pihak pengurusan kelab dan penyokong amat rapat. Begitu juga dengan kerajaan Johor serta rakyat johor. Sebagaimana saya bersuara kepada pihak FAM, begitu juga Kerajaan Johor sentiasa bersuara berkenaan hal ehwal kerajaan pusat untuk kebaikan Bangsa Johor.
——-
7. Saya sanggup lakukan apa sahaja untuk menjaga kelab ini demi penyokong Johor dan nama negeri Johor.
—–
8. Seperti yang pernah saya katakan sebelum ini, isi kandung dalam ‘pendrive’ yang saya terima adalah mengenai salah laku dari segi teknikal seperti sikap pilih kasih, jurulatih tidak professional dan exco tidak memainkan peranan dalam tugasan dengan betul.
—–
9. Saya berikan kepada YB Khairy Jamaluddin untuk menyelesaikannya bukan untuk menghukum FAM dan menggantung FAM. Sekiranya kita menggantung FAM, ia akan menjejaskan liga.
——
10. Saya hanya menasihatkan kepada individu-individu tersebut untuk berundur dengan cara baik tahun depan dan digantikan dengan individu yang lebih layak menjalankan tugas-tugas tersebut.
——
11. Saya mengetahui siapa Presiden FAM, Setiausaha Agung dan siapa ketua jurulatih pasukan kebangsaan untuk tahun depan. Tetapi perlukah saya berkongsi maklumat ini dengan penyokong bolasepak tanahair? Pernahkah saya dihargai sebelum ini dalam cuba menyelamatkan bolasepak negara? Hanya rakyat Johor sahaja yang menghargainya.
——
12. Pasukan kebangsaan negara lain hanya akan ‘called up’ pemain empat hari sebelum perlawanan. Sebaliknya pasukan kebangsaan kita memerlukan dua tiga minggu tetapi tiada latihan. Selepas itu pemain mengalami kecederaan apabila kembali berlatih dengan kelab kerana mereka tidak cukup cergas. Ia menjejaskan semua perancangan kelab untuk memenangi kejuaraan.
——-
13. Di dalam JDT, kami mempunyai sasaran untuk sentiasa berada dalam saingan Piala AFC. Jadi, kami memerlukan pemain yang sentiasa cergas dan mampu beraksi dengan baik untuk kelab selepas selesai tugasan negara.
——
14. Saya seorang yang telus. Saya sentiasa berterus terang kepada anda semua. Dan untuk mengubah FAM kita perlu letak orang-orang yang kita boleh percaya seperti mana yang saya akan lakukan tidak lama lagi.
——-
15. Saya tidak mahu FAM dan liga kita digantung. Saya hanya mahu beberapa individu yang tidak bertanggungjawab untuk berundur dari organisasi bola sepak kebangsaan.
——
16. Kami akan mengawal bola sepak tanahair dengan keadilan. Apabila FAM mempunyai pengurusan yang profesional dan pengadil-pengadil yang profesional, ketika itulah Johor boleh menguasai bola sepak tanahair.
—–
17. Katakanlah JDT akan memenangi juara liga tiga kali berturut-turut dan telah memenangi Piala AFC, JDT tetap perlu bermain dalam pusingan kelayakan ACL. Ini adalah disebabkan pasukan lain dalam negara tidak mencapai piawaian AFC tidak mempunyai stadium sendiri dan pusat latihan sendiri. Antara syarat AFC untuk mendapat kelayakan bermain dalam kempen ACL tanpa mengharungi perlawanan kelayakan ialah memerlukan tiga atau empat pasukan di dalam negara tersebut yang mencapai piawaian dan diiktiraf oleh AFC.
—–
18. Saya hanya memerlukan Presiden, jurulatih pasukan senior kebangsaan, jurulatih pasukan remaja kebangsaan dan Setiausaha Agung yang baru untuk memajukan kelab bolasepak tanahair.
——
19. Anda semua perlu memainkan peranan anda untuk mendidik anak-anak muda negeri Johor. Mereka mesti tahu sejarah negeri Johor, mesti tahu dimana kekuatan negeri Johor. Kita ada sejarah sendiri dan perlu menghormati asal usul sejarah kita.
—–
20. Contohi sarawak. Mereka bersatu dalam apa jua keadaan. Apabila Sarawak hendakkan sesuatu, kerajaan akan mendengarnya. Kalau tiada Sarawak dan Johor dalam Malaysia, kerajaan akan susah. Jika rakyat Johor bersatu, kerajaan Johor akan lebih berkuasa dan kerajaan pusat terpaksa mendengar kerana kerajaan pusat perlu sokongan dari kita. Mereka harus tahu iaitu kami negeri Johor adalah ‘partner’ dan bukannya hak milik mereka. Kita sepatutnya saling berkerjasama.

21. Saya tidak mahu lihat negeri dan rakyat saya kena buli. Keutamaan adalah kepentingan rakyat Johor bukannya memberi peluang syarikat luar membawa keuntungan keluar dari Negeri johor. Kita perlu melabur untuk kemajuan negeri kita sendiri agar keuntungan yang diperolehi digunakan sepenuhnya untuk rakyat negeri Johor.
——-
22. Jika suatu hari nanti penaja kita tarik diri, perkara ini akan menjejaskan perjalanan kelab, gaji pemain dan projek pembangunan kita. Sebab itu saya mahu penyokong Johor turut terlibat menjadi sebahagian dari pemegang saham dalam kelab. Anda boleh bersuara, menghadiri mesyuarat, anda boleh melantik Presiden seperti kelab-kelab di eropah.
——
23. Sebagai contoh, baru-baru ini Paris-Saint Germain (PSG) ingin membeli Neymar dari Barcelona. Tetapi penyokong Barcelona tidak setuju, jadi Presiden Barcelona akur, inlah kuasa penyokong. Kerana penyokong Barcelona semuanya adalah pemegang saham, ada yang sumbang €100, €1000, €2000 dan hampir keseluruhan populasi di Barcelona adalah pemegang saham, begitu juga Madrid.
——
24. Saya sering menegur tentang kehadiran penyokong ke stadium, tetapi ada yang membalas dengan pelbagai alasan. Saya menghormati pendapat anda, tetapi anda perlu ingat, kekuatan pasukan terletak di tangan anda.
——–
25. Setiap daerah patut ada pemegang saham, JDT akan jadi pasukan kelab rakyat Johor. Kalau dari segi kewangan kita kukuh tak mustahil satu hari nanti kita dapat menandatangani nama-nama besar dalam kelab untuk menunjukkan kuasa dan imej pasukan negeri Johor.
———
26. Dua pemain JDT II yang baru berusia 16 tahun telah membantu pasukan menewaskan T-Team dalam perlawanan Liga Perdana baru-baru ini dengan memberikan aksi terbaik mereka 100%. Ini adalah kerana mereka mahu diserapkan ke dalam pasukan utama dan saya tidak boleh kecewakan impian mereka.
—–
27. Pasukan lain menggunakan sepenuhnya dana yang mereka ada untuk mengimport empat pemain, sedangkan kita hanya ada dua sahaja pemain import (selain dari Singapura) dalam JDT II iaitu Paulo Rangel dan Rafael Bonfim.
—–
28. Semua pasukan JDT berada dalam kedudukan empat pasukan terbaik dalam liga masing-masing dan sentiasa konsisten. Ini membuktikan segala perancangan yang disusun, telah berjalan dengan baik. Jangan hanya menilai pasukan utama sahaja, tetapi sebaliknya nilai juga pasukan-pasukan lain sama ada mereka konsisten atau tidak.
—–
29. Berkenaan isu Dominic Tan, Mario Gomez memerlukan beliau berada dalam skuad JDT. Ini kerana kita masih mempunyai lapan baki perlawanan yang cukup penting untuk diharungi oleh pasukan musim ini termasuklah Liga Super Malaysia dan juga Piala AFC.
——
30. Pada pendapat saya, tiada guna Dominic Tan berada di sana kerana adalah lebih baik seandainya beliau berada di sini dan menjalani latihan di sini kerana beliau sememangnya diperlukan.
—–
31. Sekiranya pasukan negara memerlukan pemain saya berlatih bersama rakan pasukan untuk 4 hari sebelum perlawanan, saya tiada masalah. Tetapi jika perlukan pemain saya untuk 3-4 minggu sebelum perlawanan saya tidak akan benarkan. Jika pasukan lain benarkan, itu masalah mereka.
—–
32. Baru-baru ini saya telah menerima surat daripada jurulatih Jerman yang meminta semua pemain perlu melaporkan diri selama 6 bulan untuk Sukan Sea. Jawapan saya kepada beliau cukup ringkas iaitu “Anda tidak akan berada lagi di sini pada tahun hadapan”
—–
33. Sila ambil pemain-pemain dari pasukan lain untuk perlawanan-perlawanan yang tidak penting, yang tiada di dalam kalendar FIFA. Jika mahu saya memberi sumbangan, boleh tetapi jika melibatkan perlawanan yang ada dalam jadual FIFA dan itu pun 4 hari sebelum perlawanan kerana pemain sedia ada sudah cukup cergas.
——
34. Anda tidak perlu mengadakan latihan sehingga dua minggu sebelum perlawanan, tiada negara yang melakukanya perkara sedemikian. Seperti yang Gary Neville dan Ryan Giggs katakan bahawa, pemain hanya memerlukan empat hari sahaja untuk membuat persiapan bersama skuad negara. Paling lama pun hanya tujuh hari.
——-
35. Tiada pasukan lain yang boleh menghantar pasukan mereka bermain di luar negara selain pasukan JDT. Ini adalah kerana kita sudah mempunyai jalinan hubungan yang baik dengan pemilik-pemilik kelab di luar negara. Negeri lain perlu membuat bayaran jika mahu menghantar pasukan ke luar negara, namun JDT hanya perlu membayar tiket kapal terbang sahaja. Betapa untungnya menjadi pemain-pemain JDT.
——-
36. Ada page tersebut tidak pernah menguruskan pasukan bola sepak, mereka sendiri tidak tahu bagaimana hendak menguruskan bolasepak dan berapa dana yang diperlukan untuk membangunkan bola sepak tetapi mereka pandai bercakap seolah-olah sudah memiliki pasukan Bayern Munich. Laman ini sepatutnya menyatukan penyokong bolasepak tanahair bukannya memecahbelahkan penyokong. Anda boleh lihat sendiri segala pencapaian JDT hanya didiamkan sahaja oleh mereka tetapi tidak seperti pasukan lain yang hanya membuat sedikit perubahan sahaja tetapi digembar gemburkan.
—–
37. Saya pada masa dahulu telah menangkap MP Muar yang dimiliki oleh NS Betaria disebabkan mengatur perlawanan. Begitu juga MBJB FC dan juga Johor FC. Saya mempunyai senarai nama mereka yang terlibat dalam gejala mengatur perlawanan ini. Ini boleh menyebabkan nama baik negeri Johor terjejas kerana terlalu banyak gejala rasuah didalam kelab-kelab tersebut. Lantas saya bubarkan semua sekali, meletakkannya dibawah satu naungan kerana tidak dapat mengawalnya dan saya tidak mahu nama Johor busuk.
—–
38. Anda fikir MP Muar akan menang liga? Anda fikir MPJB akan bertanding dalam Liga Super? Saya tanya anda, jika betul pertandingan itu bagus, kenapa 24 tahun yang lalu Johor tidak pernah menang sebarang piala sebelum saya ambil alih? Semasa itu Johor mempunyai 4 pasukan iaitu Johor FA, Johor FC, MP Muar dan MPJB tetapi tidak pernah menang apa-apa. Sekarang? Anda sudah menang 6 piala hanya dalam tempoh 3 tahun.

39. Di Thailand contohnya, mereka sudah dididik jika mereka mempunyai RM12 milion, mereka hanya perlu menggunakan wang untuk satu musim sebanyak RM5 milion kepada pembangunan akar umbi. Tetapi di Malaysia pula, jika ada RM12 milion, mereka akan gunakan RM15 milion hanya untuk membeli 4 pemain daripada Afrika. Mentaliti kita negara kita belum bersedia untuk menswastakan liga sebagaimana yang sudah dicadangkan dulu.
——
40. Jika daripada awal mereka sudah dididik dengan gejala rasuah, macam mana kita hendak kawal jika kita mempunyai 6 pasukan?
——
41. Setiap kelab mesti ada presiden dan ahli jawatankuasa, siapa mereka ini? Jika setakat ahli perniagaan, di Johor pun kita sudah ada.
—–
42. Liga bola sepak rakyat adalah antara salah satu pertandingan yang paling “corrupt” sekali. Jika anda tidak percaya, anda boleh pergi ke Bukit Aman dan tanya kepada ‘Special Branch’. Mengapa bolasepak rakyat tiada dalam negeri Johor? Kerana saya sendiri yang tidak benarkan dan tidak mahu anasir-anasir ini membawa masuk benda kotor ke dalam negeri saya.
——
43. Jika dari muda dan dari organisasi kecil lagi anda sudah mendidik orang untuk menjadi ‘corrupt’, tahukah anda betapa hinanya perkara itu? Jadi saya tidak mahu dan tidak akan menerima perkara seperti itu berlaku dalam negeri Johor.
——
44. Saya hanya seorang dan perlu melawan ramai orang yang ‘corrupt’. Bagaimana saya mahu melawan? Namun saya akan sentiasa bersuara dan memberi pandangan. Sedangkan dalam Akademi JDT pun kita ada satu modul yang mengajar anak-anak muda kita supaya ‘anti-corruption’.
——
45. Tidak perlu sebenarnya untuk pergi jauh sehingga ke Amerika Syarikat atau England untuk belajar. Inilah silap kita yang bodoh sombong. Kita kalau mahu belajar, pergi sahaja ke negara jiran iaitu Singapura. Walaupun negara mereka kecil tetapi negara mereka tiada ‘corruption’.
—–
46. Saya mahu satu hari nanti apabila rakyat saya bersuara, orang tahu bawa orang itu adalah rakyat Johor kerana pendidikan, kematangan, dan pemikiran yang berbeza.
—–
47. Inilah yang saya selalu tekankan iaitu pendidikan adalah perkara paling mustahak sekali. Sebagai contoh apabila pengacara bertanya kepada kapten Malaysia dan kapten Singapura mengenai pendapat mereka tentang perlawanan ini..? Jawapan kapten Singapura sungguh meyakinkan dan dijawab dalam dwibahasa iaitu bahasa Melayu dan Inggeris. “Saya rasa pertandingan ini amat mustahak untuk memberi satu ‘exposure’ kepada pemain-pemain muda di Singapura, kami pun sudah lama bermain bersama-sama dan kami berharap kami dapat mencipta kejayaan untuk nama negara kami.” Berbeza dengan kapten Malaysia yang menjawab acuh tak acuh seperti ‘Ok arr kan, rasa orait, kalau menang bagus laa’. Di situ kita boleh lihat perbezaan kualiti pendidikan antara mereka.

47. Every time I watch JDT’s away match, I watch it without volume because I don’t want to listen to match commentators. They have never played competitively for any teams, clubs or internationally. So how do they qualify to be commentators?
—–
48. Setiap kali saya menonton perlawanan ‘away’ JDT, saya akan menonton tanpa ‘volume’ kerana saya tidak mahu dengar apa yang dikatakan oleh pengulas. Mereka sendiri tidak pernah bermain hingga ke tahap antarabangsa tetapi boleh menjadi pengulas bolasepak.
—–
49. Saya berharap untuk jangka masa akan datang, Kerajaan Johor sendiri yang akan memberi modul pelajaran kepada anak-anak Johor.
—–
50. Jika Johor ada ‘Bangsa Johor’, Malaysia pula ada “Satu Malaysia”, berikan saya satu contoh apa 1 Malaysia tersebut? Anda ada sekolah Melayu, Sekolah Cina, Sekolah India, dan dari kecil anda sudah terapkan kepada mereka agar jangan bersatu. Tetapi apabila mereka sudah besar, anda suruh mereka bersatu?
—–
51. Pada masa akan datang, tidak akan ada sekolah Melayu, India, Cina di negeri Johor. Sekolah agama masih ada. Yang akan ada ialah sekolah Bangsa Johor. Daripada kecil akan diajar agar bersatu, menghormati agama antara satu sama lain dan menghormati kaum-kaum lain.
—–
52. Tangungjawab saya dalam bola sepak kecil sahaja, peranan untuk negeri lebih besar.
—–
53. Hakikatnya, Johor menang 6 piala menentang sistem, bukannya menentang 11 orang dalam padang.
—-
54. JDT adalah pencipta sejarah dan akan terus mencipta sejarah. Tetapi rakyat Malaysia ramai yang tidak mahu mengakuinya. Sepatutnya mereka menyokong, membantu, memberi kredit dan mengiktiraf JDT sebagai kelab yang paling maju didalam negara dengan apa yang telah kita capai didalam dan diluar padang.
—–
55. Dahulu ramai yang menghentam apa yang JDT lakukan tetapi sekarang ini banyak pasukan telah ikut apa yg JDT sudah lakukan. Saya ingin pihak pengurusan meletakkan kerusi kapal terbang di bilik persalinan dan tempat duduk pemain simpanan kerana kerusi sedia ada sudah diikuti oleh banyak pasukan lain dan kita perlu sentiasa menjadi peneraju dan yang pertama dihadapan. Saya mahu JDT lain daripada yang lain.
——-
56. JDT adalah kelab pertama yang menurunkan pagar disekeliling padang untuk keselesaan pandangan penonton. Dan sampai sekarang tiada penyokong Johor membaling sebarang objek di padang ketika perlawanan berlangsung. Hanya saya seorang sahaja yang TERbalingbotol


Download aplikasi The Sukan di Google Play