The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

TMJ : 5 Perkara Yang Menjatuhkan Bolasepak Negara

Encik Bakri pada November 17, 2016

Jijo Alfonso Pareira Abdullah dari kumpulan Rimba Bara telah mendedahkan 3 perkara menjatuhkan negara iaitu rasuah, tidak menepati masa dan chinggey. Manakala DYAM Tunku Mahkota Johor telah mendedahkan 5 perkara yang menjatuhkan bolasepak.

1. Rasuah

Isu rasuah 1994 merupakan permulaaan awal kejatuhan bolasepak Malaysia.

2. Pilih Kasih

Satu sifat yang sangat jelas. Walaupun bertahun kekal sebagai pemain simpanan yang jarang bermain tetapi masih terpilih bersama skuad kebangsaan.

3. Jurulatih Kurang Berpengetahuan

Jurulatih di Malaysia kurang pengalaman pada tahap yang betul untuk pergi ke peringkat antarabangsa. Jurulatih Malaysia banyak belajar di dalalm negara sahaja dan jarang dihantar keluar untuk pendedahan.

4. Akar Umbi

Program akar umbi dimana Malaysia kurang menitik beratkan aspek ini sejak dulu lagi.

5. Pasukan Tidak Mampu Menjana Pendapatan

Hak penyiaran TV sebagai contoh dimonopoli oleh FAM yang merupakan satu masalah. Di mana-mana liga dalam dunia ini hak penyiaran adalah kepunyaan bertanding. FA hanya menjaga undang-undang tetapi di Malaysia FA yang balun semuanya.

Anda setuju? atau ada lagi faktor yang perlu ditambah?