Tiket Percuma Buat Penyokong Kedah

Eikrem 6 bulan yang lalu

Berita baik buat penyokong bola sepak Kedah apabila Persatuan Bola Sepak Kedah, KFA, akan memberikan 20,000 keping tiket percuma untuk perlawanan menentang Sarawak, pada hari Jumaat 27 Januari nanti.

Tiket percuma ini bukanlah satu bentuk rasuah seperti BR1M, akan tetapi merupakan satu tanda kesyukuran mereka memenangi Piala Malaysia 2016 dan juga tanda terima kasih kepada sokongan berterusan penyokong terhadap pasukan Lang Merah tersebut.

Batuk Seri Ahmad Bashah – Presiden KFA berbesar hati untuk belanja rakyat Kedah.

Tambahan pula, perlawanan menentang Sarawak merupakan perlawanan pertama pasukan Kedah di laman sendiri untuk tahun ini, dan pastinya para penyokong ternanti-nanti untuk ke stadium sambil memakai jersi baru yang original.

Tiket percuma tersebut boleh didapatkan di kaunter A3, Astaka Utama dan kaunter D bermula jam 10 pagi hingga 12.30 tengah hari dan setiap peminat hanya akan diberikan tiga keping sahaja setiap orang. Lepas dapat tiket tu juallah RM15 sekeping, dapat RM45, dah boleh beli rokok U2 satu karton setengah.

Kalau tiket masih lagi berbaki pada bukul 12.30 tengah hari, kaunter akan dibuka hingga jam 3 petang.

Kalau tak dapat tiket di kaunter, sila hubungi Yang Berhormat-Yang Berhormat di kawasan anda untuk dapatkan tiket. Selalunya Yang Berhormat-Yang Berhormat akan dapat kuota tiket percuma. Selalunya lah.